thePencil.org Ar RaiYan: rezeki

Friday, August 26, 2011

rezeki

benarlah ramadhan itu rezeki, sebab tu ramai peniaga menjadi kaya pada musim ramadhan. pada mulanya saya sudah membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tempahan sepanjang ramadhan cuma membantu kawan menjual biskut raya, hanya mengambil order saja dari customer. walaupun ada yang memujuk supaya saya membuat tempahan kek dan kuih tetap saya tolak....
tapi hampir menjelang raya ni saya dapat satu projek baru dimana saya tak terfikir pun nak kena buat dan boleh buat apabila diminta oleh pejabat setiausaha kerajaan negeri (SUK) untuk membuat 6 packs corporate gifts untuk MB dan VIP. pada mulanya saya memang menolak sebab rasa diri tak kreatif dan tak pernah terfikir nak buat, tapi setelah dipujuk, saya terima juga akhirnya yang merupakan satu bisnes baru dalam hidup saya. yaa... sesungguhnya Allah memberikan rezeki tanpa disangka- sangka.
alhamdulillah...

selepas saya post gambar corporate gifts tersebut di FB, terus ada seorang customer dari KL, menempah corporate gifts yang sama sebanyak 5 pax dan minta hantarkan ke pejabat agama negeri perlis (MAIPs). saya teruja. alhamdulillah. rezeki dan bonus raya saya anggap ini semua. syukur.

lantas saya terfikir, tahun depan why not saya venture bisnes baru ni? prepare awal-awal dan hantar quotation ke semua jabatan.

yaa.... kepala saya keluar lampu. ape kata saya buat corporate gifts ni sepanjang tahun untuk jabatan dan personal? bukan pada musim raya saja. boleh guna books? toiletteries? cupcakes? hmmmmm.....




3 comments:

Ummu Auni said...

cantik!

Mynie said...

sokong! (idea biz baru)

HappyIrfa said...

teruskan bisnes baru ni :-)

 
blog template by suckmylolly.com