thePencil.org Ar RaiYan

Monday, January 21, 2008

Huh!

Suami ke Langkawi hadiri seminar 3 hari. Jumaat, Sabtu & Ahad. Ini saat-saat genting saya bersama Nusaibah. Menguruskan budak yang tak reti duk diam. Ada saja request. Free nappy, sket-sket nak terkencing, nak terberak la, nak main air je lebih. Adus, letihnya. Dengan keadaan saya yang semakin berat ni.

3 hari ni jugak, saya kena jaga kedai sorang-sorang. huhu. Bersama si Nusaibah ni la pembantu dan penyibuk. Terkejut sebab kedai t-shirt labuh saya ramai orang Sabtu lepas. Dengan delivery ordernya lagi.Rupanya mak pak yang anaknya sekolah agama kalut cari t-shirt labuh. Arahan sekolah katanya. So by khamis lepas, saya letak sample2 di koperasi-koperasi sekolah agama. Kesudahannya, stok tak cukup dah.hehe. mujur stok baru akan sampai next week.Cikgu-cikgu sekolah pula cari tshirt labuh untuk latihan sukan sekolah mereka. Di kedai,Ramai customer baru yang datang, mereka teruja sebab tak pernah ada kedai semata-mata jual tshirt labuh.Nak-nak kat Perlis ni. hehe. oh ya, saya dah luaskan/ banyakkan tshirt dengan pelbagai supplier seperti Mawaddah, BroArts, Hilyah n Sumayya dari girls, teenagers hinggalah ladies. So banyak pilihan, warna n jenis kain. nak tengok tshirt dari Hilya n Sumayya? kejap saya tunjuk katalog. Tapi ini yang ladies punya. Katalog kanak-kanak lum siap lagi. tak sempat. Ni pun buat cepat2 aje lum touch up lagi. sebab semua cikgu-cikgu mintak.


ni katalog hilyah


ni katalog sumayya

Nanti saya attachkan lagi katalog girls n teenagers. lepas siap katalognya.
Sepanjang minggu lepas juga WJIM Perlis sibuk dengan pengedaran flyers dan poster adik Sharlinie. Saya kan tokeh kedai pototstat, saya le yang kena mencetaknya :), alhamdulillah lebih 1000 keping sudah di edarkan di bus stop,7-eleven,pasaraya, the store, bangunan persekutuan,kwsn kejiranan dan diletakkan di dalam setiap akhbar di kawasan Arau dan Kangar. yang letak dalam suratkhabar ni kami terpaksa upah orang kedai yang jual newspaper tu la. 3 sen satu flyers. Alhamdulillah ada anggota RELA yang prihatin mengedarkan flyers kami ket pusat membeli belah The Store, Kangar. Untuk Sempadan Siam, kami meminta sorang ukhti JIM translate kan poster Sharlinie dalam bahasa Siam. Semasa di edar, ada yang cakap... dah tengok dah poster ni sebelum ni, tapi kami kena bgtau yang flyers ni dibelakang terdapat mesej yang berguna untuk masyarakat dan terdapat juga doa untuk mencari anak yang hilang ini. Andainya semua membacakan doa ini, insyallah mohon Allah makbulkan. Terharu juga saya membaca doa tu. Bayangkan anak sendiri yang hilang tanpa berita begini. Anak-anak kita sudah tidak selamat sekarang ni.




"faiza aazamta, fatawakkal alallah"

Monday, January 14, 2008

Salam Tahun Baru 1429

1429... tahun ini juga umur saya akan menganjak 29 tahun! wah...macam tak percaya. Saya rasa seperti baru saja grad! hehe.

Banyak saya nak buat sepanjang tahun ni. Oh ya, anak saya yang sorang ni sudah 'free nappy'. Alhamdulillah. Memang orang pelik tengok kenapala tak buat toilet training awal2? Tak kisah la. be natural. Lelama dia akan beritahu juga. Sebabnya saya yang malas nak train dia.hehe. anyway...atleast umur 3 tahun lebih ni dah free nappy, itu sudah bagus! tahniah ebah!!

Saya menyambut tahun baru Maal Hijrah ini di NIOSH, Bangi. Sesambil memecahkan kepala untuk duduk berbincang memikirkan Rancangan JIM 2007-2011 yang saya rasa begitu berat alahai. Berasap kepala saya dan suami selaku wakil Perlis ni. Selain Pck Radzi n Mck Mazlina dari Perlis. Kami antara termuda. ceh...

Semasa di Bangi, saya plan juga nak call Baiti Teringin nak jumpa dia n anak-anak. Tapi memandangkan program yang sebegitu padat, tak jadi rasanya. Discussion n presentation seharian.Balik hotel terus tido. Esok awal pagi, sambung lagi duscussion. Mujur makan best. haha

Selepas program, suami heret saya ke KL pula. hari Sabtu, jumpa supplier buku di Pandan Jaya, ke Mehraj Distributor. Berjalan-jalan ke Sogo, Jalan TAR, menaiki LRT, komuter. Penatnya berjalan dalam keadaan badan semakin berat begini.huhu.

oh ye, pertemuan bermakna... saya sempat ke rumah Mck Latifah tokeh tshirt Hilyah. Mujur adik ipar pandai cari rumah. Kalo harapkan saya n suami, alamatnya tak sampaila ke Subang Bestari. Sampai di rumah mck Latifah sudah masuk waktu maghrib, rehat sebentar sementara menanti beliau solat. Sempat suami berbisik, "wow... tokeh tshirt pakai compressor (merc)la, perghh". hehe. "husband dia engineer la bang", saya jawab. Ala... abang pun mampu kalo nak pakai, cuma memula tu kita makan pasir le. hehe. phrase last tu saya jwb dalam hati je. Selepas berjumpa Mck Latifah, sempat saya memborong tshirt kanak-kanak 40 helai, tshirt dewasa 40 helai. Bayar cash. Ini Term untuk menjalin hubungan perniagaan. hehe. Cantik tshirtnya. Walaupun harga agak magal berbanding biasa, tapi takde le mahal sangat. Berkualiti. Saya cadangkan setiap dari anda memilikinya. Saya kini sudah menjadi agent tshirt Hilyah di Perlis.

Pulang ke Perlis menumpang adik ipar jam 4.00 pagi Ahad. Saya rilek aje, tido tak sedar apa. sebab ada 2 orang driver lelaki. hehe.

SALAM MAAL HIJRAH 1429!!

Monday, January 07, 2008

Hantar Anak ke Tadika

Raiyan Nusaibah... hari pertama ke Tadika Huda di tempat yang pernah saya mengajar dulu. Masuk kelas 4 tahun. Belum lagi masuk 4 tahun, september ni baru masuk. Pelajar badan paling kecik hingga tiada saiz uniform untuknya.Tiada masalah langsung, mungkin sebab sebelumni sudah biasa ke nurseri.Tak perlu meneman seperti ibu bapa lain. independant ler tu.bila tanya feedback,katanya seronok ke tadika.Harap-harapla seronok sampai ke hujung tahun. Tanda dia seronok, harini dia bangun awal pagi supaya tak terlepas sessi assembly waktu pagi jam 8.15
Hmm..rasa macam tua pulak ye bila anak dah tadika. hehe. Baru saya sedar saya ni sudah di penghujung 20-an rupanya.



turun dari kereta..


waktu rehat pertama... menu nasi lemak haritu


sessi ta'aruf le kotnyer nih..


dan hari-hari seterusnya...


bersama Umar... sepupunya.

Saturday, January 05, 2008

Banner..

Semalam saya lalu di simpang masuk jalan Matrik Arau. Dalam banyak-banyak banner kat situ, ada satu banner menarik perhatian saya. Tatau siapa, saya kira individu kot. tataulah. Banner ukuran 1x1 meter berbunyi begini:

" BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH KEPADA PIHAK KERAJAAN KERANA TELAH MEMANSUHKAN YURAN SEKOLAH SEBANYAK RM4.50"

Sindiran yang berani.Tapi harini saya lalu nak amik gambo banner tersebut, dah dibuang.huhu. Tapi saya kira, semua sempat membacanya.

Bacaan seterusnya: di BLOG MATJAN pd entry 1 Jan 08, http://www.kroni.biz/jj/

Thursday, January 03, 2008

Chua...

Chua Soi Lek jatuh kerana wanita. salah satu bukti lelaki 'jatuh' kerana wanita.
hmm... tiada komen, banyak dah komen2 di berita.hehe

Tapi lelaki akan jadi hebat dan berjaya, kerana wanita juga.

"harta, takhta, wanita"...

hmmm... lagi satu paparan Buletin Utama menarik perhatian saya ngenai temubual YB Sheikh Radzi, setiausaha agung UMNO Perlis itu. komennya terhadap MB Perlis. Menarik bagi saya sebab saya menetap di Perlis :)

kata YB," sudah tiba masanya kita perlu menukar MB yang baru, Shahidan sudah tidak sesuai lagi. Politik UMNO di Perlis sekarang semakin kucar kacir".

ya betul juga, pemimpin datang dan pergi...takkan selamanya nak jadi MB kot!! :)

2007..

2008 menjelang tiba, saya terasa begitu cepat masa berlalu. Rasa macam baru aje kehadiran 2007. Sehinggakan saya belum sempat berbuat apa-apa rasanya!

2007 telah banyak mengimbau kenangan buat saya. Pahit manis harungi liku-liku kehidupan. Awal tahun 2007 jugalah saya membuat keputusan untuk berhenti bekerja dan bekerja sendiri sepenuh masa, alhamdulillah… setahun sudah berlalu. Saya puas hati dan seronok melakukannya. Serasa saya pabila ditawarkan bekerja makan gaji seperti dulu, mungkin saya menolak kot. Tapi tataulah. Bermula bekerja sendiri inilah saya mula menukar masa dan kehidupan harian saya. Saya berlemak-lemak di rumah.hehe. kerja sendiri. Bangun lambatla…mandi lambatla, bangun pagi…bukak laptop,cit chat sket, cek emel….tengok kot2 ada pelanggan order t-shirt, cek akaun maybank, buat penghantaran. Dok kat kedai bantu2 suami, baca-baca buku kat kedai. Boring-boring…makan kat luar, shopping-shopping. Aiyarkk…. Takde system langsung hidup saya sepanjang 2007. Maklumla baru permulaan, tatau nak susun cemana, culture shock mungkin! Hehe. Ape pun… sejak bekerja sendiri, saya dapat peluang invest sikit sebanyak berbanding dengan bekerja makan gaji dulu. Thanks to Bashirah dan Faizah (geng2 public mutual nih).

Tahun ni insyallah, saya berazam (ceh berazam aje keje ni) akan lebih tersusun gerak kerja saya. Perlu lebih berdisiplin. Setelah suami menjadi mentor selama beberapa bulan ni, saya banyak belajar darinya. Saya dinasihatkan supaya lebih banyak berurusan sendiri, kalo sebelumni harap suami aje yang dok berurusan. Perlu lebih independent dan berani. Aduh, saya memang penakut. Syyhhh…


Mengimbas kembali tahun 2007 jugakla kami sekeluarga mengalami kemalangan. Satu pengalaman pahit yang tak dapat saya lupakan sampai bila-bila. Kali pertama berkampung di hospital. Mengalami kecederaan yang agak teruk, sehingga saya merasakan samada ini ujian ke atau teguran kecil dari Allah taala, ia menginsafkan saya kerana saya masih diberi peluang olehNya untuk terus hidup dan diberi peluang untuk bertaubat dan beramal. Sehingga ke harini saya masih trauma pabila melihat accident yang berkaitan dengan bas ekspress. Aduh, nak naik bas pun jadi takut. Syukur syukur anak sulung dan suami selamat. Mak dan ayah mertua serta adik sudah sembuh sepenuhnya kini. Semua selamat alhamdulillah. Cuma saya kehilangan bakal anak kedua di saat kandungan berusia 3 bulan lebih. Saya tenang dan sabar menerima kehilangannya. Saya berharap anak ini mendoakan saya dan menanti keluarganya di syurga. Ameen.

Kini 2008 menjengah, saya akan terus perkuatkan azam untuk terus berusaha tak kira samada dalam kerjaya, kerja amal, jemaah dan sebagainya. Saya berharap sangat moga Allah memberkati dan mempermudahkan segala urusan saya.

Salam 2008 buat semua !!

Sunday, December 23, 2007

Saif's Family Look-alike Meter

MyHeritage: Celebrity Collage - Blank family tree

YEAY!! KEMENANGAN BERPIHAK KEPADA SAYA. HEHE

p/s: sekadar suka-suka...

Friday, December 21, 2007

Salam Aidiladha...

Saya dan keluarga ingin mengucapkan Salam aidiladha buat semua. Selamat berkorban membersihkan jiwa. Terlalu ramai berbuat majlis qurban di Malaysia...tumbang lembu kambing beratus ekor.
Kenangi saudara-saudara seIslam kita di luar sana samada di Kemboja, Mindanao, Acheh,Palestine dan beberapa negara lain. Lebih bagus kalo kita berbuat korban di sana kan!

Tapi best juga di sini, melihat masyarakat bekerjasama melapah lembu. Merebus tulang-tulang dibuat sup di surau dan masjid.Di rumah pula makan beramai-ramai bersama sanak saudara yang balik berhari raya.Merapatkan ukhuwwah...bertukar-tukar cerita. Bertukar resepi dan petua.

Raya kalini agak sibuk sikit dengan persiapan kawin sepupu di rumah tuk di Alor Setar. Semua berkumpul di sana. Macam nak pecah rumah bising anak-anak buah bermain. Anak saya tak kurang hebatnya. Mak-mak sibuk memotong bawang dan bahan-bahan untuk kenduri Sabtu ni. Anak-anak dara sibuk menghias hantaran, bilik, pelamin, bunga telur dan sebagainya.

Saya? saya kiranya masuk kategori makcik-makcik le kot :), tolong menolong di dapur. Tak kuasa dah nak menghias bilik, hantaran2 pengantin seperti muda-muda dulu. Sponsor sikit bunga telur ade la :). Lebih selesa bersama makcik-makcik yang tak kurang hebatnya mereka memasak. Dok dapur boleh merasa makanan! hehe. tu yang best tu! Tuk siap bertanya, "kakak rasa nak makan apa?,nanti kami buatkan". wah..ini sudah bagus! hehe

Apa-apa pun,moga majlis berjalan lancar dan diberkati hendaknya! Harini akan ke rumah tuk lagi membantu apa yang patut. Buat Syida dan suami, Selamat Pengantin Baru! Selamat melangkah ke alam baru!

Wednesday, December 05, 2007

Sekian lama

Sekian lama tak muncul di alam maya. Akhirnya muncul juga. Setelah dihujani beberapa sms dari rakan-rakan bertanyakan khabar. kenapa tak update blog? itu soalan pertama. yang Dr Azwan syak saya accident lagi ke? isk... nauzubillah doktor oi...

Sejak notebook dimasuki virus.tambahan pulak komputer bawah pula rosak. set up semula, satu kerja yang paling dibenci walaupun bukan saya yang buat semua tu.suami saya yang install semua. Tapi melibatkan file2 saya. tak suka! tak suka! (mcm iklan cat nippon tu). akhirnya bila notebook dah ok, streamyx pula masalah. tak dapat wayarless. dah kena bawak turun bawah. kat bawah tau2 ajela...kena amik giliran memandangkan adik-adik ni cuti sekolah, kena share ler. last2, saya takde mood nak update blog. Dari ada idea, terus ilang idea.hehe.

tambahan pula kerja diluar tak kurang hebatnya yang menuntut pengorbanan masa dan tenaga. Program2 JIM cuti sekolahnya, kerja2 SU nya. nak2 lagi kerja-kerja bisnesnya. oh ye sebelum terlupa, tshirt sudah sampai stok baru. untuk pesanan, sila sms or emel yer! mula tahun depan, mungkin aggresif sket. Sapa kuasai marketing, dia la yang dapat. Kena kerja keras juga ni.

Saya memang teruja dengan aktiviti bisnes En Bakhtiar dan Dr Azwan dengan penghantaran roti ke sekolah2. Hehe. So far, saya dah ada link dengan beberapa sekolah kat Perlis ni disebabkan produk kek batik. Boleh luaskan lagi prospek nih. Doakan saya berjaya seperti mereka. Amin.

Alhamdulillah projek tart dan cookies raya haritu mendapat sambutan hangat. Ramai pelanggan mahu menempah lagi untuk raya haji ni. Tapi terpaksa menolak disebabkan kesihatan yang kurang memuaskan.huhu. Saya perlu berehat untuk sebulan dua ni daripada masak memasak ;)

Senarai pekerja untuk ditemuduga sudah ada dalam tangan. Cemana yer nak buat interbiu? tak reti la... hahaha

Wednesday, October 10, 2007

Salam Aidilfitri

Lama tak update...tetiba update untuk ucapkan selamat hari raya pula.adus...

Alhamdulillah... harini last penghantaran kuih-kuih raya tempahan kawan-kawan. Tak update sebab kalut banget buat kuih. sampai pening2...
Buat 2 jenis aje...lum terer lagi macam Dr Azwan kita. Insyallah...mana tahu raya tahun depan terer macam doktor tu. yer tak doc?

sempat snap gambo tart nenas


aik..mana pulak saya letak gambo cookies nih? aiyaa...
Tahun ni tumpu pada 2 jenis kuih aje. Then cut off awal sebab penat giler walaupun amik sorang adik ni untuk membantu. huhu. Tahun depan dok pikir lagi samada nak buat ker idak.hehe. Raya haji pun orang dah tanya. isk...raya puasa pun belum lagi kak oi!

Mintak maaf pada sesapa yang menempah gelang inai. Saya tak sempat siapkan tempahan dan tutup tempahan awal. huhu.
Jemputlah beraya ke rumah. Tahun ni giliran beraya di Perlis.Raya kedua shoot to Penang.Yeay!!
Lepas raya ni cadang nak rehat lelama sikit kat Penang. Beraya-raya di rumah sedara mara,kawan-kawan sekolah/kampus.

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin dari kami:

Wan Saifuddin Wan Muda
Najah Farahin Ahmad Faisal
Wan Raiyan Nusaibah Wan Saifuddin

p/s: Selamat berangkat Angkasawan Negara-Dr Muszaphar!! Selamat melihat dan menafsir keindahan ciptaan Allah swt,dapat berfikir dengan keajaiban Ilahi....moga bertambah Iman dan Amal.

 
blog template by suckmylolly.com