Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan
Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana
Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata ( Gah , suamiku seorang jutawan)
Tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa..
Ditempa oleh wajah rupawan ( Wah, isteriku seorang celeberity)
Ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa
Dituai oleh pangkat dan jawatan ( Wah, suamiku seorang negarawan)
Pelbagai jalan menimbulkan dilema
Mencari yang benar mempelai tersasar
Kalaulah bahagia itu pada harta
Kalaulah bahagia itu pada nama
Kalaulah bahagia itu pada rupa
Kalaulah bahagia itu pada kuasa
Kenapa Charles dan Diana berpisah
Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
Kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.
Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan
Firman Allah: Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati suami isteri.
Sama-sama mengerti maksud tersemi takdir ilahi
Itulah zikir yg hakiki.
Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
'Suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'
'Isteriku, kaulah permaisuri hati... Penyeri Islamku'
Nanti muktamadlah akad
Sahlah nikah dengan nama Allah
Gerbang perkahwinan pun terserlah
Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan
Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
'Isteriku, taatilah hukum Allah... '
'Suamiku, patuhilah sunnah Rasululah S.A.W.'
Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat
Tapaknya ....iman
Jalannya ....syariat
Natijahnya.....akhlak
Tiga penjamin segala kunci kebahagian rumahtangga dan terciptalah:
"Setia dan penyayang suami"
"Cinta dan kasih isteri"
lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah yang melahirkan.....
"Soleh dan solehah."
KEREDHAAN ILAHI CITA-CITA DI HATI.
msg from el: Mubarak alaik! Raiyan, tolong sampaikan dedication ni pada yang berkenaan ye..
p/s: tidak lupa juga poem ini buat abang tersayang...."diri ini senantiasa menemani perjuanganmu..."
Wednesday, January 07, 2004
Khas buat adinda
Tuesday, January 06, 2004
KE KL LAGI…
Salam…
Kalini kena berangkat ke KL lagi nak hantar adinda khadijah dan Aisyah. Kebetulan abang ada keje ket kl. Bertolak ahad pagi kol 10. sempat singgah di Penang kol 12 tgh hari- lunch. Rindu…lama tak jumpa mama. Lepas zuhr bertolak semula ke kl. Sampai di kl kol 5.30 ptg. Seketika di kl….sesaknyer jalan tak macam ket Perlis (oh, aku sungguh bertuah tinggal di perlis rupanya…at least tidak terlibat dalam traffic jam yang sungguh membosankan).
Singgah jap di Midvalley, makan-makan then bermalam di hotel Sri Petaling….puas cari…pusing-pusing ket Bukit Jalil tu. Last-last baru jumpa hotelnya dihujung sekali….
Isnin- sempat round bandar kl yang agak sesak ni sementara menantikan abang menguruskan tugasnya di muzium, balik ke pejabat mara,,,balik ke muzium semula. Isk…penin juga aku…nasib baik dia tinggalkan kami bertiga ni (aku, aisyah, aminah) suh pusing-pusing le ket memana sementara dia nak habiskan tugasnya.
Sempat ke Berjaya Times Square…tak shopping ape pun…tengok-tengok ajer. Biasalah…takde keperluan…tatau nak beli apa. Jenguk ket taman tema dia. Uiks.. ada roller coaster rupanya. Isk…risau aku…dok lalu atas kepala… aisyah kata, “risaulah…roaller coaster dalam bangunan…silap-silap leh runt… “ . “ops! jgn sebut, kita masih dlm bangunan lagi ni. Kalo nak sebut…tunggu lah sampai kita keluar bangunan ni nanti :) “. Apela….sempat lagi nak wat lawak…
Pusing-pusing masuk Sg Wang Plaza n Star Hill…cari barang yang ummi suruh belikan… video cam punya stand. Alhamdulillah…akhirnya dapat juga yang murah sikit . puas bertawar harga. Akhirnya beli juga. Jalan-jalan lagi….saje tengok-tengok kasut. Tak beli pun. Last-last aisyah n aminah beli wallet. Cantik wallet hangpa! :) jelesnyer…hihih…
Beransur petang….terperangkap dalam traffic jam lagi. Adusss KL, terasa serik jika dapat tinggal di sini suatu hari nanti (tak kot). Tak bergerak kereta di depan laluan SJMC hinggalah ke roundabout. Wakpe kami kat situ? Aisyah cari buku A-Level kat University Bookshop. Puas cari buku satu kl takde.
Kol 8 mlm….lega rasanya dah kuar dari kawasan KL dek kerana serik dengan kesesakannya. Masuk highway….balik ke Perlis. Adus ngantuknyer memandu… aku sempat drive sampai ke Tapah ajer lepas hantar Aisyah di Lembah Beringin (kyms). Abang yang sambung driving sampai balik umah. Entah berapa kali berenti tido, berenti minum,berenti rehat and so on… alhamdulillah selamat sampai di Arau kol 4.30 pagi hari selasa.
Kol 6.30 pagi…ummi pulak terbang ke KL , ada kursus di Uitm Shah Alam. Laa.. kami balik KL…ummi pulak yang pegi KL. Isk…
Friday, January 02, 2004
MAUNAH- The Naked Truth
Petang kian merangkak pergi, senja kian menghampiri….lega rasanya dapat mengkhatamkan sebuah buku Maunah-The Naked Truth hasil tulisan peguam Zabidi Mohamed. En. Zabidi, inilah kali kedua saya membaca buku anda setelah kali pertama saya membaca Tersungkur di Pintu Syurga suatu ketika dulu.
Setelah menghayati buku Maunah ini, begitu asyik sekali membaca, serasanya aku ni berada di Bukit Jenalik pula yang dihujani tembakan M16 dan Launcher. Serasa aku pulak yang pergi ‘mengambil’ senjata di Pos 2, Kuala Rui. Mmm… baru aku tahu kisah sebenar “rahsia dalam rahsia” yang telah berlaku. Buat isteri, anak-anak serta keluarga kepada tahanan al-maunah, tabahkanlah hati kalian… moga Allah beri ganjaran. Naluri kewanitaanku tersentuh seketika….amat bersimpati dengan anak-anak yang kehilangan ayah, isteri kehilangan suami. Terpaksa memikul tanggungjawab seorang ibu tunggal. Hilang tempat bergantung, tempat bermanja dan menumpang kasih. Sabarlah… moga diberi kekuatan buat kalian.
Thursday, January 01, 2004
BLOGGER….
Salam tahun baru….moga kehadiran tahun ni akan meningkatkan lagi keazaman dan ketaqwaanku. Semakin bertambah umurku. Semakin menghampiri mati, semakin bertambah hisab, semakin bertambah tanggungjawabku (kalo nak ikutkan ‘semakin hampir’ ni…banyak lagi, tak tertulih kang!). teringat pula persoalan Imam Ghazali kepada anak muridnya:
1. Apa yang jauh dari kita?
2. Apa yang dekat dengan kita?
3. Apa yang berat bagi kita?
4. Apa yang ringan bagi kita?
5. Apa yang besar bagi kita?
Seorang pun anak murid Imam Ghazali tidak dapat menjawab persoalan itu. Maka jawab Imam Ghazali:
1. Yang jauh bagi kita ialah masa yang telah pergi.
2. Yang dekat bagi kita ialah mati.
3. Yang berat bagi kita ialah tannggungjwab.
4. Yang ringan bagi kita ialah berbuat dosa dan
5. Yang besar bagi kita ialah nafsu yang tak pernah puas.
Banyak juga azamku kalini. Tapi…roommate ku kata….”takyah berazam-azam,nak buat… buat ajer…juzz do it!” hehe. Mohonku agar tahun ini aku dapat memberikan sesuatu berharga yang ditunggu-tunggu olehnya. “Ya Rahman, ya Rahim….kurniakanlah kami anak-anak yang soleh wa musleh, amin ya rabb”
Agak terlewat subuh harini….bergegas bangun menyempurnakan tanggungjawabku. isk.. sejak handset tertinggal di Kuala Terengganu haritu, telinga ini seakan-akan merindui pula deringan bunyi handset di awal Subuh. Tapi alhamdulillah punyai roomate yang dah terbiasa bangun awal sebelum subuh :)
Semalam pulang agak lewat dari program. Hampir pukul satu rasanya. Teringat kembali kenangan manis semasa di tempat program semalam. Bertemu , berkenalan, berjejak kasih, mengukuhkan ukhuwwah bersama rakan blogger- Haridah, Hukamak, Al Jabal, Kamal-san. Maaf, adik adik ikhwah…ana agak kurang kenal. Sepintas lalu ajer tengok bila Haridah beritahu. Tapi best dapat berjumpa, lucu rasanya….bercakap dengan Haridah macam dah kenal lama kan Haridah?. Agaknyer selesa dengan keramahan cik Haridah kita tu :)
Tergelak-gelak sebaik saja pulang ke rumah semalam pabila abang menceritakan pertemuan dia dengan adik Hukamak. First time rasanya dia berjumpa dengan teman siber begitu. Buat Hukamak… ayat yang abang takleh lupa “ eh ini musafir kan?” hehe lucu. At last aku tengok…depa ni siap dok bergambaq lagi tu ha. Hukamak….nanti post gambar korang ket blog yer. Hiks
Tuesday, December 30, 2003
TRIP TO TERENGGANU
Aduh….penat betoi merentas banjaran titiwangsa ni. Travel in slow n steady. Banyak berenti rehat, bertukar-tukar driver. Bertolak dari Kuala Terengganu jam 10 pagi. Sebelumtu sempat lagi ummi bershopping. Aku pun sempat juga menambah ole-ole untuk mama n adik-adik di Penang :) . Sampai di Changlun, perut terasa lapar sebaik saja melintasi JO Cendol pulut, terus pi pekena kat situ. Sampai di Arau lebih kurang 8.30 malam.
25-28 DIS (di Kuala Terengganu)
Alhamdulillah…sampai juga akhirnya aku ke Kuala Terengganu. Seronok rasanya pabila sekali sekala bertukar angin timur ni. Sebenarnya kami ikut ummi n ayah ke PPN. Angkut satu family. Ummi ayah pi meeting, kami adik-beradik kenala jejalan. Nak tau tak… aku makan banyak sangat keropok lekor n nasi dagang. Heheh….kawin dengan orang terengganu, ikut selera terengganu ler…hiks. Malamtu pulak…aku bantai makan sambal n budu. Pedasnyerr. Sedap siot. Ye la…kat penang manader mama kenalkan budu kat aku.
Kampung ummi n ayah ni special sikit, kampung dalam pekan. Kuar ke pekan kuala terengganu leh jalan kaki ajer. Sempat jugaklah aku ikut roommate aku ni jejalan . masuk pasar, kuar pasar, rambang mata tengok batik sutera.adui…penat jalan, sakit kaki. Sempat lagi pekena cendol peberet abg :)
Lepastu siap panjat bukit puteri lagi. Mmm…walaupun penat, tapi best! Syukur rasanya kerna masih lagi dapat menikmati alam ciptaanMu.
Tuesday, December 23, 2003
## INSHA ALLAH AKAN DI UPDATE NANTI.....TENGAH BERPROGRAM "TUNAS TAQWA" 21-25 DIS 2003 ##
-masuk hutan kuar hutan..
-masuk gua..kuar gua...
-aktiviti best....rasa cam bebudak semula coz kena handle bebudak :)
Friday, December 12, 2003
SALAM
Nampaknya sudah lama aku tak menulis di blog ni. Kurang kesempatan berlama-lama di alam maya ini. Agak sibuk kebelakangan ni menguruskan anak-anak muridku di HLCC (Huda Learning and Care Centre) .
Oh ya, program Tamrin dan Muqayyam Tunas Taqwa pun semakin hampir. Tinggal seminggu saja lagi untuk kami di Perlis ni membuat persediaan menjelang program aulad yang agak ramai jumlah penyertaannya. Setakat ini tugasku membuat buku cenderahati,games serta borang soal selidik sudah selesai. Cuma nak fotostat ajer lagi. Takper ummi baru ajer beli mesin fotostat dan laminate. Ini memudahkan lagi perjalanan urusan kami. (ehem,lepasni leh bukak bisnes fotostat Wan Muda & Co. ehehe). Manakala tugas aku yang lain adalah di hari program tersebut sebagai urusetia program selama 5 hari di Kem Semarak, Batu Pahat, Perlis.
Petang tadi ada meeting di Kem Semarak. Lepastu makan lagi.kalo dengan makcik Mahanum, asyik makan ajer.siap berkelah lagi ha di kawasan chalet tu. Malam dapat sms dari naqibahku, mck Zinirah.ajak jamuan raya kat rumahnya esok. Alahai... Sejak raya ni, rumah mck-mck ni asyik ter open ajer.Aku pulak belasah ajer apa yang ada. Semua aku kata sedap. Isk...baguih juga aku nih, tak memilih. Makan ajer :)
Mm...dalam dok sibuk-sibuk ni terpikir pulak assignment usrahku yang belum siap lagi.Ulasan tafsir surah al- A'la. Semalam pergi godek-godek (selongkar) library rumahni, maka terjumpalah dengan tafsir fi zilal jilid-17. sebenarnyer aku bukan selongkar pun. Elok ajer tersusun berjilid-jilid kat lemari buku tu ha.Hehe. aku ajer yang malas membaca. Isk..isk..
(bersambung...tiada ide datang menerpa..)
Tuesday, December 02, 2003
Mabruk buat Adinda Khadijah dan Kekanda Naimah
Alhamdulillah… adik iparku Wan Khadijah Wan Muda yang telah selamat ditunangkan pada jumaat (28.11.03) lalu dengan seorang ikhwah bertuah. Sape ikhwah tu yer? Jeng..jeng…jeng… bersama-sama kita nantikan kemunculannyer. Eheh…ops…orang kata kalo dah tunang jangan heboh. Sori ek khadijah….akak awak ni over exited pulak!
Buat khadijah, tahniah akak dan abang ucapkan. Jaga diri bebaik….selamat membuat persediaan untuk menempuh alam rumahtangga. Belajar rerajin. Ummi kata cuti semester UM akan datang…macam nak kenduri ajer. Heheh….
p/s: buat akh xxx (tunang khadijah)…kita bakal bersedara ler…hiks. Bertuah enta dapat
khadijahni. Tahniah buat enta.
Sabtu (29.11.03)
Mabruk buat Kak Naimah
Harini balik ke Penang sekali lagi selepas balik hari raya pertama haritu. Balik makan kenuri Kak Mah. Lepas menyaksikan istiadat pernikahan di masjid Kebun Sireh. Tersenyum-senyum aku sesorang mengenangkan ditempat yang sama aku dinikahkan 3 bulan yang lalu. Alhamdulillah…kedua mempelai selamat dinikahkan. Malamtu kami semua lepak umah toklang sampai tengah malam. Sembang-sembang, makan-makan sampai pening. Best tengok video cam. Seronok tengok gelagat pengantin yang agak kelakar dan selamber. Cayalah!
Ucapan tahniah ditujukan dari kami khas buat kakak sedara saya kak Naimah Mokhtar yang selamat melansungkan perkahwinannya dengan abang Rashidi pada Sabtu (29.11.03) lalu. Moga kebahagiaan hingga ke syurga insha allah.
Ahad (30.11.03)
Pagi ni kami berkonvoi menghantar pengantin perempuan ke rumah kenduri pengantin lelaki. Makan dengan pengantin. Lauk pauk yang best! Sekali lagi berjalan ke Kuala Ketil. Dulu pernah sekali ke sana bersama Missapple. Ingat tak lagi el? Kita ke rumah makcik Salmah? Tapi rumah abang Rashidi ni dekat dengan pekan Kuala Ketil. Kalo tak…leh jugak singgah ket umah mck Salmah.
Petang- beraya ke rumah coursemate abang di Lahar Kepar. Seronok melihat pemandangan jalan masuk ke kampungnya. Kiri kanan sawah padi menghijau. Subhanallah….
Malam- celebrate with hubby….harini cukup 3 bulan nikah. Thanks for da pizza :). Sakit perut pabila dipaksa habiskan makanan….hiks
Monday, November 24, 2003
Wanita Solehah-Bidadari Mencemburui Kesolehannya....
Perhiasan yang menjadi dambaan..
"Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.
Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Kalau begitu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya……tanpa wanita, sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah kita menjadi wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini?
Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.
Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada
syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:
" Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."
Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya.
Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.
Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati…tapi haruman itu tidak kekal. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran. Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas.
Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha
Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.
Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya-sutau perhambaan yang tersirat. Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan`palsu' ini.
Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!
Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati'. Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.
Sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud:
"Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di sebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan sekiranya kamu membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu tolonglah kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya"
(Riwayat Bukhari, Muslim dan abu Hurairah)"
Sunday, November 23, 2003
Baju Raya....
Sabtu-21/11
Alhamdulillah….tugas mengambil adik-adik pun dah selesai. Skang ni nak buat apa yer di KL? Mmm…cadangnya haritu nak beli baju raya kat sini. Ape lagi…marilah adik-adik sekelian. Temankan akak awakni membeli belah.hehe. buat pertama kali berjalan-jalan di jalan TAR sempena musim hari raya bersama suami tercinta serta adik-adik ipar yang sentiasa ceria ni. Masyaallah…ramainya orang. Sesak nafas dilautan manusia. Agaknya cemana di padang mahsyar nanti yer??
Sudah merata kedai kami pusing. Masih tidak berjumpa baju raya yang aku berkenan. Kesian melihat si Aisyah ni yang sudah penat berjalan. Akhirnya terjumpa juga baju yang berkenan di Semua House. Hiks…bila tengok ajer Semua House ni, teringat pula aku bersama Faizah dan Asma pergi cari baju kawin beberapa bulan yang lalu. Faizah n Asma’… ingat lagi tak kenangan kita ket KL haritu? Rindunyerrrr….
Bila dah jumpa baju yang berkenan…tatau pulak nak pilih yang mana satu. Isk Najah ni…nak kena nih!!! Kerana aku sorang…orang lain pun turut susah sama.hihi. At last… abang yang pilihkan. Thanks…taste kita sama laaa….hiks. Sabar aje abang mengikut kerenah Najah yer…..hehe
Lepas baju raya….tudung raya pulak daahh…. Kalini, kami bertiga sibuk memilih tudung masing-masing. Last-last…kami pakat-pakat nak pakai tudung sama pattern la raya nanti! Haha….
Kesian betoi abang….tensen tengok kami bertiga dok memilih tudung pulak. “Susah and lama betoi orang pompuan ni nak beli barang. Amik aje laaaahh….” Katanya. Kiter orang gelakkan ajer. Dia pun sibuk aje pilihkan skali untuk kami. Bukan ape…abangnye jugak yang bayar nanti. Hehe.
Dalam kesibukan tu sempat juga aku terkenangkan insan-insan lain yang kurang berkemampuan. Entah ada atau tidak baju raya untuk mereka. Entahkan beraya entahkan tidak. Sedangkan aku sibuk-sibuk membeli itu ini, tapi, masih ada lagi mereka yang kurang bernasib baik. Aduh.. sungguh menginsafkan……
Hampir pukul 6.00 petang barulah kami bertolak ke Perlis semula. Kalini berbuka di R&R Sg Buluh pula. Pekena sate kajang. Perrghh….sudah lama aku tak makan sate Hj Shamuri ni. Kalini tercapai juga hasratku. Perjalanan diteruskan. Setelah bertukar-tukar driver. Kami sampai dengan selamat- alhamdulillah tepat pukul 3.30 pagi di Perlis. Risau ayah, tak tido menantikan kepulangan anak-anaknya….


