Lama tak update, sejak minggu lepas sibuk dengan program Remaja JIM. Berkampung di Chalet Restoran Nelayan. Diangkutnya Tasneem n kakak Ibah. Saif pula sibuk dengan kursus. Aduh.Mujur awal-awal program dia siapkan semua.
Tapi best berprogram bersama adik-adik remaja ni. Semua bagi feedback tanak balik, nak dok lelama lagi kat chalet nih. amboi...banyak cantek hangpa! haha. kelakar part senaman indon ruhul jadid tu. pulun ikut melompat adik-adik ni. Program paling best diorang dapat melawat perkampungan nelayan (slot bersamamu) bagi bantuan buat penduduk miskin dan sempat belajar skali jemur n siang ikan katanya!
bebudak berdua inilah dibawa berkampung kat program. isk...adik besar dari kakak...
Tasneem duduk kejap ye, ummi nak serve makan kat peserta...
belajar jemur ikan kering ke nih..
adik-adik remaja beramah mesra

perkampungan nelayan...
Pastu berangkat pula ke PPWN Perhimpunan Perwakilan Wanita Nasional 21 nov) n PPN (Perhimpunan Perwakilan Nasional 22-23 Nov) jadi perwakilan kat Darul Puteri, Cheras. Kalini membawa Tasneem aje, perrghh... Tasneem dibawa masuk ke dewan mendengar pakcik makcik berbahas. Sambil menyelam minum air, memyewa gerai di sana. Alhamdulillah, jualan sungguh hits especially kacang dhal yang abis licin. Kelakar semua pakat2 mengunyah kacang dalam dewan.
Anyway...PPN kalini menyuntik semangat dan recharge semula energizer dalam diri. walhamdulillah! Ucapan dasar yang hebat!
p/s: Rasa bersalah pada Asma coz xdpt hadir kenuri kawen dia. Saif jadi perwakilan le asma'! huhu. Takde siapa nak bawak saya ke kenuri kamu. uwaaaa....
p/s; thanks tektia and kawan-kawan coz jadi baby sitter Tasneem selama 3 hari kat tempat nurseri tu.hehe.
gambar Tasneem sedang memakai badge ISA yang di emel oleh Bai.Tq Bai!
Ni hadiah untuk kakak Ibah (beli masa kat PPN, mujur ada) yang ditinggalkan selama 3 hari di rumah bersama Neni (maid) n Cik Nah. Sian Kak Ibah kena tinggal. Tapi dia enjoy aje. Patung ni Ibah bagi nama 'Taskia'. Pelik betul nama tu. Ni mesti my maid yang cadangkan nih! huhu
Thursday, November 27, 2008
Berkampung....
Friday, November 14, 2008
Cupcakes Deco !!
Setelah beberapa kali sms bertanyakan kelas, Akhirnya Kak Rani sudi mengambil saya sebagai anak muridnya. Batch ke 3. Kelas bertempat kat umahnya di Changlun. Bestnyer dapat belajar beberapa skill yang selama ni punya la teringin nak belajar. Belajar buat swirl tinggi n rendah, rosette, sunflower, basketwave, grass, lukis lining guna coklat ganache n piping jelly, gridkan coklat, adunan kek and main colour buttercream. Terima kasih sis Rani atas tunjuk ajar. Lepasni nakpi belajar lagi ya, buat fondant pulak!
Kini baru saya tahu, bukan senang nak deco cupcakes ni. dah la kecik comel, satu persatu kena deco atas tu. Patutla cupcakes orang jual mahal. Bawak lik umah semalam, bagi sorang satu.Diorang sayang nak makan. hehe
waaa.... rasa macam tak percaya saya sendiri yang buat ni. jakun betoi la ek.hehe
seharian mendeco...sampai berminyak2 muka dan tangan.hihi
gambar-gambar di atas amek kat blog Kak Rani sebab saya tertinggal camera kat umah.huhu
Monday, November 10, 2008
Ihtifal Kak Ibah
Seminggu sebelum Majlis ihtifal, jumpa cikgu Kakak Ibah,terkejut juga bila cikgu bagitau kakak Ibah dapat no: 1 dalam kelasnya. Haha. macam tak percaya. Aik, pi sekolah pun ikut suka aja. Biar betoi cikgu? "Nusaibah ni dia cepat faham arahan, walaupun dia belum pandai membaca, tapi dia kenal n ingat. Cepat2 ajar dia baca masa cuti sekolah ni", komen cikgu Syuhada.
Balik umah bagitau tok ummi, "la... Ibah memang pandai... korang aje yang taktau, dia tu nak belajar... korang yang selalu tak sempat nak ajar dia", komen tok ummi. hehe. Cuti sekolah nanti saya berazam nak ajar kakak Ibah membaca, supaya senang bila dia dah leh baca... dia leh amek buku baca sendiri.
Sms tokma Penang bgtau psl kakak Ibah, "dia kan cucu prof madya, mesti la terer", tokma reply sms. hiks.
dont under estimate your child!
tahniah kakak Ibah!
aik...mana adiah Ibah??
atas pentas...lagu 'look'
macam tak percaya kena hadiri majlis penyampaian hadiah anak. dah besar dah rupanya anak kita ni.laa..dah tua rupanya kita.huhu
Sunday, November 09, 2008
Belajar...

Saya hadiri kursus kek, roti & pastri 3-6 nov lalu. Penat la juga. tak pernah-pernah uli roti, kena uli roti,buat kek,hias kek.huhu. Tapi best. dapat banyak info dan tips.dan yang paling best saya dapat belajar buat creampuff peberet abang :), orang lain dah tau lama dah. saya je yang tatau nak buat.hehe. Kursus ni kira sesuai untuk saya yang zero dalam bab roti n kek ni. Kebanyakan peserta sudah berpengalaman bertahun-tahun menjual cookies n kek tempahan. Kira depa ni otai dah la. Pangkat makcik-makcik le ni. Dapat juga share ilmu dengan diorang. Sebab diorangni banyak pengalaman. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan. Alhamdulillah kumpulan kami terdiri daripada beginner,yg taktahu asas buat roti n kek. Saya la salah sorang darinya!
Group The Young One.Dari kiri, kak Ita (kontraktor), saya (penjual buku aje,hehe),ayu (baru grad),emy (pemilik restoran) n kak ain (kontraktor). aik..mana kak kiah?
haa...yang kanan sekali tu kak kiah (tokeh Azlena's cafe). baru saya tau... tokeh2 besar belaka ahli-ahli group saya ni. Tengok kereta diorang pun leh cuak dah.hehe.
ni last day... kena uli tepung buat pizza
yummy...yummy buns n donuts dari group kiterorang :)
lambakan creampuff, abang kata dia boleh abiskan semua ni.hehe
blackforest, kak Ibah kata janji ummi kena buat 10 biji kat umah untuk dia.uisskk...
cheese cake dari group kiterorang yang tak berapa nak jadi
thanks to Mara Perlis!!
Thursday, November 06, 2008
Wednesday, October 29, 2008
Cerita...
Saya tertarik baca cerpen ni bukan sebab apa, sebab ada nama Kakak Ibah dalamnya.. hehe
______________________________________________________________
Sepahit Madu
Oleh `Izzat Anwari bin Hasni
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya. .." Fatimah mula sebak.
"Tak. Maksud saya....."
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.
Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
" Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.
Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.
Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.
Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.
Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?
Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.
Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.
Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.
Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"Perjuangan, " jawab Fikri.
***
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."
[QS al-Taubah 9:24]
Monday, October 27, 2008
Sahabatku Dalam Kenangan...
Sabtu lalu, saya kehilangan teman yang agak rapat dengan saya. Kak Midah berumur 35 tahun, mengalami masalah usus yang telah pecah dan virus merebak ke dalam badannya ke paru-paru dan hati. Hanya 12 hari di hospital dan ICU. Satu masa yang terlalu sekejap, meninggalkan rakan-rakan dan keluarga dengan usia yang muda.
Arwah meninggalkan suami dan anak-anak masih kecil, 3 orang anak yang sulong berumur 14 tahun, 12 tahun serta 9 tahun dan suami Dr Bad yang umur lebih kurang sebaya beliau merupakan dekan engineering di Unimap. Saya rapat dengan kakmid sejak saya membantu program perkhemahan anak-anak Tunas Taqwa. Pertama kali saya kerumah kakmid sewaktu dia meminta saya bawakan beberapa helai tshirt labuh untuk dia dan jiran-jirannya. Kakmid sering membeli kek dan cookies saya. Tahun lepas saya menerima tempahan kuih raya di Unimap agak banyak disebabkan promosi dari arwah. Saya akan terus kenang jasa arwah hingga ke akhir hayat saya.
Tahun ni saya tak mengambil tempahan kerana sibuk menguruskan Tasneem yang baru lahir. Saya agak terkilan bila teringatkan saya terpaksa menolak permintaannya untuk membuat tart nenas pada raya bebaru ni. Saya tak sangka beliau pergi meninggalkan kami dalam saat begitu singkat ! Rasa macam tak percaya... raya bebaru ni kelihatan beliau masih sihat dan dengan sifat lucu dan peramahnya tu. Kalo kakmid ada dalam meeting tunas taqwa, mesti meeting abis lambat... sebab asyik gelak aje dengan sifat lucunya serta soalan-soalan luar jangka. Saya akan terus merinduinya. Saya akui, saya suka mendengar celotehnya. Sebab dia suka bercakap :)
Kakmid merupakan surirumah yang terlalu sibuk pada pandangan saya. Ini mungkin disebabkan beliau mempunya seorang suami yang sering berkursus luar dari Perlis. Dari urusan penghantaran anak-anak sekolah, tusyen, beli barang dapur hinggalah ke urusan pembayaran bil semua dilakukan sendiri. Saya rasa kesibukannya mengalahkan orang bekerja. Nah, sape kata surirumah tak sibuk? tu ayat yang saya pernah dengar darinya :), saya pernah bergurau dengannya, untung Dr Bad dapat isteri superwoman macam akak! serba serbi boleh buat. Tula, suami akak pun tak bagi akak kerja, sebab kerja kat umah ni dah melambak sangat dah. kalo akak keja, tatau le ape jadi. Dari ceritanya, masa mula kawen dulu,kakmid ni sanggup menolak tawaran ke maktab perguruan semata-mata kerana mengikut suaminya menyambung master n phd ke luar negara. Bagi saya,itu satu pengorbanan yang paling besar untuk masa depannya dan keluarganya.
Saya bersyukur atleast saya sempat melawat kakmidah di hospital, cuma saya tidak sempat melawatnya di hari-hari akhir kakmidah di ICU. Saat paling menyentuh hati pabila melihatkan Dr Bad dan anak-anak mencium jenazah buat kali terakhir. Luluh hati saya.Pulang dari tanah perkuburan, hinggalah ke saat ini fikiran saya masih teringatkan arwah dan saya merasakan bagaimana jika saya pula pergi dalam usia muda begini. Meninggalkan Kakak Ibah yang suka merajuk, Tasneem yang suka tersenyum dan suami yang penyayang. Sungguh menginsafkan. Terbayang amalan saya yang lompang serba serbi. Menakutkan. Ya Allah! Ampunkan saya. Tiba-tiba saja saya merasakan masa saya pula sudah suntuk. Macam tak sempat aje nak hidup lama. Huhu.
Semalam terjumpa mck Marja (antara rakan baik kakmidah), beliau bertanyakan saya samada dah pergi jumpa anak-anak kakmid ke? Saya yang belum kesana. "nampaknya, Dr Bad kena cari mak baru la untuk anak-anak dia,sebab diorang masih kecil" saya bersuara pada mck Marja. "Isk... berebut dah tu, tak sempat Dr Bad buka pencalonan, sape tanak weh Prof Madya Dr tu", jawab Mck Marja. hehe. sempat juga berseloroh. Jauh di sudut hati saya... saya tetap mendoakan agar mereka dikurniakan pengganti sebaik ummi mereka. Ameen. Bukan senang nak cari pengganti superwoman macam tu, yang sanggup berenti kerja kerana keluarga, yang sanggup berkorban segalanya. Moga Allah tempatkan ruh sahabat saya ini di kalangan salafusoleh. Ameen
Thursday, October 23, 2008
New Arrival

Brand: Hilyah
Design: Baby Pink
Price: RM45 (design abaya cut)
Size: S-3, M-5, L-5, XL-3, XXL-2, XXXL-2
Note: available at my shop now!! we'll courier if out of Perlis
Tuesday, October 21, 2008
Jawapan
Alhamdulillah...
Harini saya dapat surat tawaran untuk menghadiri kursus kek, pastri dan roti yang saya pergi interbiu Jumaat ritu. Rupanya selama 4 hari. 3 nov hingga 6 nov. Belajar buat bun pelbagai, muffin pelbagai, blueberry n blackforest cake, span kek n hiasan kek, cream puff n eclairs, pizza dan coklat chips cookies.
Saya tatau le boleh grab sampai mana. huhu. Sebab saya ni kira peserta bermula dari zero nih. Tapi yang penting kena practice selalu selepas kursus.
Rasa teruja pula. Terimakasih Mara! (nota: bukan ayat mengampu yer.heee)
Saturday, October 18, 2008
Teringin nak buat apa yer...
Sembang-sembang pasal masa depan... tiba-tiba suami tambah,"Apa kata bila dah stable bisnes kita nanti... kita buat keja yang menjadi minat kita selama ni. ok tak?" cemana tu? tanya saya balik." ye la.. selama ni kalo kita teringin nak buat sesuatu, tapi tak terbuat sebab sibuk dengan bisnes, so terpendam macam tu aje la"
oo gitu... terfikir jauh sekali suami saya ni. hmmm...kalo abang... nak buat apa? tanya saya. "abang nak jadi wartawan". haaa??? nak tergelak pun ada. Rupanya saya belum habis mengenali suami saya ini. Wartawan majalah i katanya. haha.
ok juga tu, atlaeast leh la interbiu saya buat masuk majalah ker... kan!
kalo saya?
saya nak sambung belajar. Macam Baiti... macam Aini ... bahagianyaaa...hehehe





