thePencil.org Ar RaiYan: Perlu Rajin Bertanya

Tuesday, January 09, 2007

Perlu Rajin Bertanya

Saya memang seorang yang cukup malu bertanya. tapi... kalo nak bukak bisnes kena la rajin bertanya. Semalam abang temankan pergi sekolah n ipt serata Arau. Masuk kat koperasi mereka.Banyaknya abang yang tolong tanya. Saya masih malu-malu. hehe. Dari 4 buah sekolah yang kami pergi. SMK Dato' Sheikh punya koperasi yang tersusun pengurusannya. kredit to SMK Dato' Sheikh :). daripada 6 tempat kami pergi, 3 tempat boleh menerima produk kami. Alhamdulillah. Yang lelain masih belum memberi jawapan. Abang kata, ok la tu... hari pertama n pertama kali, tu salah satu training pada diri agar tidak malu bertanya :)
fuh, banyak lagi plan n tindakan susulan selepas ini. Moga saya berjaya n diberi kekuatan ya Allah!!

terjumpa post ni,

Takut kena reject!
Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan

Beberapa hari lepas saya ada menyebut tentang perasaan malu dalam memulakan perniagaan.Antara faktor utama seseorang itu tidak memulakan perniagaan adalah: Takut kepada rejection!
Kita takut bahawa orang yang kita cuba menjual produk atau perkhidmatan kita, menolak produk atau perkhidmatan kita. Dalam hal ini, terdapat 2 pesanan:

1: Sekiranya anda takut rejection, maka, bidang perniagaan bukanlah untuk anda.
Ini adalah kerana, secara purata, daripada 10 pelanggan yang anda cuba menjual, 8 akan reject product atau perkhdmatan anda! Fahami bahawa dalam menjual sesuatu, semestinya terdapat lebih ramai orang yang akan menolak produk dan perkhidmatan anda daripada menerimanya.

2: Sekiranya anda takut rejection, fahami bahawa penolakan produk dan perkhidmatan anda bukanlah sebab personal (bukan sebab prospect tersebut tidak suka anda!). Cuma, mereka menolak produk dan perkhidmatan anda kerana, mereka tidak memerlukannya, mereka tidak mahu, mereka tidak boleh gunakannya, mereka tidak mampu atau apa sahaja sebab.

Jadi, jangan takut rejection. Dalam perniagaan, rejection adalah kebiasaan.

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..boleh jadi kawan tak..minat sgt bisnes2 ni..nanti boleh tunjuk ajar ok..

Anonymous said...

nak jd kwn, boleh aje. Nak tunjuk ajar tu...saya pun baru sesangat, lum leh tunjuk ajar lagi :), anyway... kita sesama belajar ok!

 
blog template by suckmylolly.com