thePencil.org Ar RaiYan: Mencari Modal Memulakan Perniagaan

Wednesday, June 06, 2007

Mencari Modal Memulakan Perniagaan

Melihatkan suami sedang bertungkus lumus menyiapkan proposal+cashflow untuk buat loan MARA, saya pula rasa pening. Terpaksa buat loan sebab tak cukup duit nak beli stok buku dan peralatan sebab dah dapat kedai di Plaza Mara Utan Aji. Mak mertua cadangkan supaya pinjam aje duitnya (baiknya mak mertua saya kan!) .Tapi bila fikir, kesian ummi… takkan nak pinjam lagi duitnya. Takpe, Kalini kita buat loan MARA. Lagipun MARA sanggup nak bantu pembiayaan perniagaan ni. Asalkan kita penuhi semua syarat-syarat pinjaman seperti diminta.

Perniagaan kami pun dah ada dan berjalan dengan baik sekarangni. Institusi- institusi sebegini bukan senang aje bagi pinjam senang-senang macam tu. Kita kena mulakan perniagaan dulu, atleast secara kecil-kecilan, baru la mohon pinjaman MARA ker... SME ker PNB ker…SMIDEX ker. Banyak rupanya institusi yang menyediakan pembiayaan perniagaan ni.

Inilah yang menjadi masalah bagi kita yer tak? Kena mulakan perniagaan dulu, baru leh buat pinjaman. Ramai yang berminat nak mulakan perniagaan sendiri, tapi nak cari modal dimana? Kalo diorang tak bagi pinjam duit, cemana nak mulakan perniagaan kan? Masa dulu, saya pun bertanya soalan yang serupa. Last2 soalan tu saya juga kena jawab sendiri. Hehe. Kena mulakan perniagaan dulu. Buat pendaftaran perniagaan, catat pendapatan, perbelanjaan, lebih kurang buat akaun sikit-sikit la. Saya pun bukan amik kos akaun, harapkan skill subjek Prinsip Akaun sekolah menengah dulu aje . Mujur suami course akaun di UiTM. Leh la harap kat dia. Then, mulakan bisnes secara kecil- kecilan.

Lepas tu pulak, timbul pula soalan kedua, dah start bisnes kecil- kecilan, bila masa nak buat pinjaman... kenapa selalu saja tak lepas/lulus ye? Soalan ni saya pernah dengar semasa saya hadiri kursus asas perniagaan dan seminar francais awal tahun ni. Soalan ni diutarakan oleh pemilik char koey teow agak top juga di Perlis ni. Katanya tak lepas kat akaun. Saya rasa permohonan pinjaman dia selalu tak lepas sebab bila diminta berikan cashflow perniagaannya 3 tahun sebelum ni, mungkin dia gagal nak sediakan. Catatan akaun (keluar masuk) tu penting sebab kalo nak buat loan atau apa, itu yang diorang nak tengok sangat. Rasanya kalo tak pandai nak buat cashflow ni, leh upah jer orang akaun tolong buatkan supaya loan dia diluluskan. Hehe. Memandai je saya.Cuba suruh saya buat. tak reti juga.

Teringat masa sekolah dulu, cikgu ada kata... jual goreng pisang pun kena buat akaun juga tau! Masa tu saya ketawa aje sebab tak faham sangat. Apelah cikgu ni, jual sikit-sikit pun kena catat ka? Skrang, nah! Baru tau betapa pentingnya pesanan cikgu saya tu.

Moga Allah mudahkan urusan saya ini. Ameen.

p/s: promote!! kawan saya Faizah baru memulakan jurnal investmentnya. Jika ada sesiapa ingin berdiskusi tentang pelaburan, sila ke blog Faizah yer. Dia juga seorang agent Takaful Nasional. Terima kasih menguruskan takaful saya :)!

9 comments:

NURAZZAH8 said...

salam raiyan, bagus, bagus, meramaikan lagi umat Islam yang berniaga. Anyway u all buat bisnez apa ya..? jual buku ke? betul ke? kalau betul buku apa?

InsyaAllah semoga berjaya dalam perniagaan. Amin.

Anonymous said...

salam kak azzah: ala kak... baru bertatih tatih nak berniaga :), Saya buka kedai fotostat berhampiran UitmArau di samping tu letak juga buku-buku. Buku berbentuk agama n motovasi, belum banyak lagi kak.
Since dapat kedai di Kangar, tu yg terpaksa buat loan, nak tambah stok buku dari pelbagai publisher.
Doakan yer kak!

Aina Ana said...

Najah..perbelanjaan harian pun kena catat juga laa..aku ni perbelajaan 20sen pun aku catat. every month check balance tally tak. check juga % pendapatan over perbelanjaan supaya tahu kat mana terlebih..and mana boleh kurangkan

kakLuna said...

bila la nak jenguk2 bisnes hang kat perlis...tumpang jadi kuli hang sehari pun jadilah..sebagai sokongan moral dan sokongan pendidikan jasmani..ha ha ha :)

Anonymous said...

aina: tu la, aku dulu maleh benor nak catat perbelanjaan. tp sejak kawen ni, terpaksa le mencatatnya sebab terikut2 pakdin yg suka mencatat perbelanjaan.

Luna: uish hang ni.mai la jd jurulatih aku ker walau sehari.hehe.tp skrg jgn mai lagi. aku dok kalut maklut ni.lepas kedai kat kangar tu dah buka, hang kena jd tetamu kehormat aku tau! :)

knv said...

assalammualaiku cik raiyan...
saya doakan bisnis cik makmur dan berkembang pesat hendaknya..

kata orang it takes money to make money. suami saya pun ada bukak bengkel kereta. mula2 semua pakai duit sendiri, pastu baru bank bagi pinjam. bank pun nak tengok kita boleh buat ke tidak dulu...tapi tulah...sometimes banyak sangat birokrasi yang amatlah menyusahkan bumiputera nak berniaga...

insyaallah kita sama2 success..

Nur said...

Salam Raiyanz, Nanti saya nak pi kedai tu, bila nak buka? Roger kat saya No ni..0194411170..nanti boleh beli kat kedai raiyanz, tolong menolong sesama kita dan boleh promote kat member2. Selamat Maju Jaya..saya doa raiyanz akan boleh mencapai impian..

Nanti bila senang kita jumpa

Anonymous said...

anamiraa:hebatnyer suami buka bengkel.susah nak cari org melayu buka bengkel.nampak chinese aje monopoli bisnes ni.

nur: lambat lagi kedai kat plaza utan aji tu nak dibuka.kena tunggu pasaraya hafifah buat renovation dulu.makan masa juga tu.dah buka nanti saya bgtau awak. skrgni yg kat arau ni saya buka potostat aje.buku sket sgt,tak byk.selalu buat jualan kat luar. selalu hujung bulan saya jual kat bangunan persekutuan kat lobby

Anonymous said...

salam..saya terjumpa blog ni asa cr info utk memulakan bisnes kedai fotostat..saya berharap untuk memohon tunjuk ajar mengenai bisnes ini dr awak..harap dpt email saya di awinamy@gmail.com..thanks

 
blog template by suckmylolly.com