thePencil.org Ar RaiYan: 2006

Saturday, December 30, 2006

Ubah Mentaliti Graduan Menganggur

Bos saya interview seorang graduan KUIM semalam, dia call kami dan mintak nak kerja sebagai guru tadika dan pengurus tadika bagi menggantikan saya. Apabila dia balik dari interview, dia beritahu mak mertuanya yang dia taknak la keje tadika ni. Tak padan dengan degree yang dia ada.
hehe... padahal kami pun memang decide taknak terima sebab memang rasa dia tak sesuai dengan jawatan yang bakal kami beri. Kerja pengurus bukan suatu kerja yang mudah. :)

Saya hairan, mengapa graduan sanggup menganggur kerana dengan sikap atau masih ada lagi mentaliti taknak kerja jika tidak setaraf dengan kelayakan mereka. Nak suruh meniaga pun malu.Takkan nak harap kerajaan bagi kerja kat korang. Sampai bila nak maju.hehe
___________________________________________________________________________________

Oleh SHAIFUL BAHRI SAIDIN

TIADA satu pun negara di dunia termasuk negara maju boleh menjanjikan 100 peratus peluang pekerjaan kepada graduan lepasan institut pengajian tinggi (IPT). Malah di negara jiran yang paling hampir, Indonesia, kerajaannya lebih menggalakkan graduan lepasan beratus universitinya mencari pekerjaan sendiri atau menceburi bidang perniagaan. Sehinggakan dana khas perniagaan untuk graduan yang disalurkan kepada bank-bank tempatan mereka habis peruntukannya dalam sekelip mata sahaja.
Di negara kita graduan masih berharapkan kerajaan menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka. Puncanya kerana graduan IPT kita terlalu dimanjakan dan kebanyakannya telah dirasuk faktor kebendaan seawal usia semasa dalam pengajian lagi.
Sudahlah pengajian mereka sentiasa dititikberatkan oleh kerajaan dengan lambakan kemudahan, bantuan dan sokongan. Inikan pula selepas tamat pengajian, pun masih berharap kerajaan membantu mereka untuk mendapatkan pekerjaan.
Malah ada golongan yang dengan sewenang-wenangnya menyalahkan kerajaan apabila berlaku lambakan graduan menganggur di pasaran. Apakah kita hidup di Malaysia ini asyik hendak berharapkan kepada kerajaan dalam segala segi?
Akibat terlalu ditatang bagai minyak yang penuh, graduan masa kini tidak mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi. Semangat juang untuk hidup bergelar graduan dianggap terlalu tinggi dan eksklusif. Mentaliti sakit sebeginilah yang telah merosakkan nilai graduan IPT di pasaran kerja tempatan.
Apakah tujuan sebenar mereka melanjutkan pelajaran ke menara gading? Apakah mereka sudah mengabaikan tuntutan menuntut ilmu untuk menjadi insan yang berguna dan berfikiran terpelajar mesti berakhir dengan bekerja dengan bergaji besar? Apakah dengan segulung diploma dan ijazah itu bermakna mereka secara automatiknya menjadi warga “permata” kepada negara?
Saya yakin ramai graduan IPT tahun 1970-an dan 80-an bersetuju dengan pendapat saya bahawa kita dahulu lebih terbuka dengan sikap boleh berdikari dan tidak terlalu memilih kerja dan gaji yang ditawarkan. Malah semasa kegawatan ekonomi pada pertengahan tahun 1980-an, saya sendiri dan rakan-rakan yang lain tidak mengeluh kerana bekerja di bidang yang berlainan dengan apa yang diperoleh dan tidak merungut apabila dibayar dengan gaji yang kecil.
Ketika itu Skim Khas Siswazah (SKS) diperkenalkan oleh beberapa agensi kerajaan dan pihak swasta. Saya sendiri ditawarkan jawatan pegawai SKS tetapi bertangga gaji kerani. Ada rakan saya berkelulusan jurutera elektrik ditawarkan sebagai eksekutif di kilang syarikat milik kerajaan (GLC) tetapi tugasnya ialah sebagai line leader.
Malah ramai rakan-rakan saya berniaga kecil-kecilan seperti membuka warung burger dan menjual baju terpakai bundle di kampung masing-masing. Malah pengilang dan pengeluar burger terkenal di negara masa kini berjaya dalam perniagaannya hasil menjual burger selepas tamat pengajian walaupun mempunyai ijazah farmasi.
Ketika itu berlaku kegawatan ekonomi di seluruh dunia. Dengan ketahanan diri dan boleh berdikari di samping telah merasa susah senang untuk hidup semasa di IPT, kami boleh menghabiskan pengajian tepat pada waktunya tanpa extend semester. Tanpa biasiswa dan pinjaman pelajaran, kami masih boleh belajar bersungguh-sungguh dengan persekitaran dan peralatan yang serba kekurangan.
Apakah graduan sekarang sanggup menempuh gelodak kerjaya sebegini dengan dibayar upah rendah berbanding dengan kelulusan yang diperoleh?
Sanggupkah mereka menerima kenyataan realiti kehidupan bahawa setinggi mana pun kelulusan belum tentu menjamin pendapatan yang setimpal?
Kebanyakan graduan lepasan IPT sekarang hanya boleh berbangga dengan sekeping diploma atau ijazah, tetapi masih mundur ilmu. Pengajian yang mereka peroleh dari IPT seolah-olah tidak berguna langsung. Mentaliti mereka ialah apabila tamat sahaja pengajian, mereka bermimpikan gaji yang lumayan dan kesenangan dan kemewahan yang bakal mereka kecapi.
Ini semuanya berpunca daripada sikap boros dan mementingkan kebendaan semasa masih bergelar siswazah lagi. “Kemewahan” semasa di IPT sebenarnya telah “membunuh” diri mereka sendiri. Dengan biasiswa dan pinjaman pelajaran yang kebanyakannya telah disalahgunakan, menyebabkan mereka apabila keluar dari IPT menjangkakan hidup bermewah semasa belajar dapat diteruskan semasa di alam pekerjaan.
Oleh itu mereka masih bergantung harap kepada kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka. Ini kerana mereka sudah ‘banyak lemak’ semasa masih bergelar mahasiswa lagi.
Ramai graduan menganggur takut untuk memasuki pasaran kerja swasta kerana mereka tahu kelemahan diri mereka sendiri. Kelemahan utama ialah sangat lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris. Sudah terlambat sebenarnya untuk memperbaiki diri kerana peluang yang ada untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di IPT tidak dimanfaat sepenuhnya.
Malah ada mahasiswa yang menyindir rakan-rakan yang berbahasa Inggeris dan menjawab soalan peperiksaan dalam bahasa Inggeris kerana kononnya tidak patriotik. Sekarang ini mereka perlu menjawab kepada diri sendiri yang masih tidak ‘berkelayakan’ untuk bekerja setaraf dengan kelulusan mereka.
Graduan sekarang juga takut untuk berniaga sendiri kerana malu dan segan. Malah ada yang beranggapan bukan taraf mereka untuk berniaga. Ada siswazah lulusan pertanian masih berharap untuk makan gaji sedangkan keupayaan dan kapasiti mereka sudah cukup untuk menjadi petani moden dengan pinjaman bank yang tersedia untuk dipohon.
Inilah sikap bodoh sombong graduan sekarang. Mereka masih tidak mahu mengakui hakikat bahawa mereka bukannya hebat sangat dengan segulung diploma dan ijazah. Tanpa pengalaman bekerja janganlah bermimpi yang indah untuk mendapatkan ganjaran gaji yang lumayan.
Graduan perlulah mengukur baju di badan sendiri dan mengakui hakikat setakat mana sebenarnya kebolehan mereka. Tanpa kemahiran dan pengetahuan selain dari apa yang dipelajari, jangan harap mereka dengan mudah boleh diterima bekerja sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta.
Saingan hebat masa kini di pasaran buruh sudah tentunya mendatangkan masalah besar kepada graduan menganggur terutamanya graduan Melayu. Mereka tidak serius dalam menyediakan diri mereka memasuki alam pekerjaan. Malah sikap malas untuk menilai diri sendiri dan menambah baik prestasi diri mengakibatkan mereka menemui kegagalan setiap kali temu duga.
Zaman penuh pancaroba dan perlumbaan untuk berjaya dalam hidup sebenarnya tiada tempat untuk graduan yang malas. Sepatutnya semasa ada masa terluang sementara mendapat pekerjaan, mereka harus melengkapkan ‘resume’ mereka dengan selengkap yang mungkin, banyakkan membaca untuk menambah ilmu pengetahuan dan cuba berinteraksi dengan sesiapa sahaja. Tujuannya untuk mendapatkan keyakinan diri dan tidak takut untuk menghadapi temu duga.
Sikap primitif dan lapuk bahawa selepas sahaja tamat pengajian IPT, graduan akan bekerja dengan gaji empat angka, sepatutnya sudah lama dihakiskan dalam pemikiran masyarakat kita. Juga sesiapa yang bergelar graduan akan cerah masa depannya, perlu ditepis sama sekali.
Mungkin telah tiba masanya graduan menganggur di negara kita bekerja dengan jawatan yang rendah dan gaji yang kecil dahulu dengan tujuan untuk menimba pengalaman. Tidak ada salah dan dosanya jika graduan pemasaran bekerja sebagai jurujual, graduan kejuruteraan awam bekerja sebagai penyelia tapak, graduan perubatan bekerja sebagai pembantu klinik dan graduan akauntan bekerja sebagai kerani akaun.
Paling elok graduan menganggur berpadu tenaga bersama-sama rakan satu pengajian mereka untuk menubuhkan syarikat dan menjalankan perniagaan. Modal tidak menjadi masalah sebenarnya kerana banyak bank dan agensi kerajaan seperti Mara, Tekun, PUNB dan SME Bank yang boleh membantu mereka jika mereka berusaha dan teliti untuk memajukan diri dan masa depan mereka.
Graduan jangan memikirkan lagak dan standard mereka untuk ‘demand’ tenaga kerja mereka kerana anda sebenarnya masih mentah dalam mengenal erti hidup bekerjaya. Carilah pengalaman sebanyak mana yang mungkin dan di mana sahaja sekalipun.

Thursday, December 28, 2006

Muqayam Akhawat

Alhamdulillah... saya rasa terlalu bersyukur kerana dipilih Allah menjadi peserta muqayam ini. di anjurkan oleh Wanita Jim Perlis pada 23-25 Disember. Tarikh itu merupakan tarikh yang amat mencabar untuk menghadiri mana-mana program. Sebabnya tarikh tu hari cuti umum, dengan kenduri kendaranya,walimah sahabat pulak tu. Kena Kuatkan diri untuk tetap teguh menghadiri muqayam tersebut. Bukannya dekat2 sini, tapi nun di Bukit Wang, Kedah. jauh dalam hutan nuu :).
Saya tatau pun aturcara, cuma dapat arahan dengan diberikan tarikh dan tempat aje. memang zero. saya membayangkan dalam hati mungkin kena masuk hutan atau tinggal di tempat usang yang serba kekurangan (air terutamanya) atau ke tempat yang biasa- biasa saja (kurang kemudahan seperti di rumah). Rupanya Muqayam ini dihadiri oleh sahabat dari Kedah dan Pulau Pinang juga.

Setibanya sampai... seronok menatap banglo yang akan kami diami.oo.. tinggal di banglo 3 tingkat rupanya kami ni. Jangan terkejut, dalam hutan sebegitu ada banglo woo. Pemiliknya Tuan Hj Sufi, saya kira seorang alim yang punyai perniagaan yang agak besar. Punyai travel n tour company. Agak berada orangnya.

Setibanya di sana, setelah selesai pendaftaran, barulah saya dapat lihat aturcaranya.Tema muqayam kalini "Menuju Jalan Pulang". dan slot2 semuanya berkaitan dengan MATI.
Ceramah pertama memang menyentuh hati dan sanubari saya. Disampaikan oleh ust Imran (UIA).Menceritakan tentang fasa kehidupan manusia serta pengertian al maut dari al qur'an dan hadith. Slot ini banyak menceritakan tentang bagaimana orang beriman menghadapi sakaratulmaut dan bagaimana pula orang tidak beriman menghadapi sakaratulmaut. banyak memberi info kepada saya. paling menarik perhatian saya apabila ust Imran memberitahu bahawa orang yang beriman jika mati secara mengejut (bukan kerana menderita sakit) adalah satu rahmat dari Allah untuk dirinya. Teringat pula arwah ayah saya yang meninggal dalam keadaan kami semua terkejut. Tak pernah sakit apa sebelumni, tiba-tiba meninggal. Moga Allah memberi rahmat buat ayah saya.
Slot seterusnya diwaktu tengahari menceritakan berkenaan misteri sakaratulmaut serta bekalan menghadapi kematian. Memang slot ini membuatkan saya rasa kecut perut dek kerana teringatkan amalan saya yang tunggang langgang lagi ni. Belum istiqamah dalam banyak benda. kejap buat, kejap tak buat (amalan sunat). Saya dapat membayangkan bila-bila saja saya akan pergi menemui Ilahi. Sekarang pun boleh. Ust Imran juga menceritakan betapa sakitnya mati, satu penderitaan yang dialami oleh ruh sewaktu meninggalkan jasad. Kita semua tidak tahu bagaimana pengakhiran kita. Moga kita kembali kepada Allah sebagai seorang yang beriman dan diraikan ruh kita apabila diangkat ke langit. Buku yang dicadangkan adalah Ensiklopedia Kematian (saya lupa penulisnya)

Slot malam disampaikan oleh Dr Azizah yang merupakan isteri Ust Imran, yang menceritakan tentang Al- Maut Fisabilillah Asma Amanina. Mengenai rindunya para pejuang untuk menjadi syuhada'. Kisah para ikhwan yang berlumba-lumba untuk syahid.Kisah di Ihkwan di Indonesia yang hebat dengan amalannya. Kisah ikhwan palestine yang berlumba-lumba mendaftar nama sebagai pejuang berani mati. Kisah para sahabat yang merindui mati sewaktu perang di zaman Rasulullah. Buku yang dicadangkan adalah Manajemen Kematian karangan Khozin Abu Faqih dan ensiklopedia peperangan Rasulullah karangan Syaikh Mahmud Shahir. Saya sudah memiliki, tapi saya belum membacanya lagi.
Keesokan harinya kami dihujani ujian di dalam game treasure hunt, saya kira game ini meningkatkan semangat ukhuwwah dalam diri pada sahabat-sahabat muqayyam saya. Selepas permainan ini, saya rasa semakin kasih akan sahabat-sahabat saya ini :)
Pada sebelah tengaharinya slot Dr Azizah juga yang merupakan rentetan slot malam tadi mengenai kerinduan para syahadah di kalangan sahabat. Sungguh kagum pabila mendengar betapa hebatnya para sahabat dalam berlumba- lumba untuk syahid. Saya rasa terlalu jauh dibandingkan dengan saya. saya berazam untuk terus berusaha sebaik mungkin.
sessi muhasabah paling menyayat hati. Saya merasa kagum pada kehebatan sahabat-sahabat muqayam saya.Timbul rasa keazaman di hati saya untuk mempertingkatkan lagi amalan apabila pulang ke rumah nanti.
Alhamdulillah, saya dapat kawan baru (akhawat Kedah n Pulau Pinang) yang sebelum ini kenal nama aje.Dr Salmi, K Shopiah, Ustzh Normah,Dr hashimah,K lela dan ramai lagi. Terima kasih buat mck-mck Perlis selaku urusetia yang bertungkus lumus menjayakan prog muqayam yang serba membina ini. Moga Allah merahmati segala usaha kalian.

Wednesday, December 20, 2006

After maghrib...

Abang tak sempat ke masjid, so kami solat berjemaah bersama. Nusaibah pun macam selalu la, kalut cari telekung dia. Solat maghrib peberet dia. Lepas solat, saja rakamkan kenangan....

Tuesday, December 19, 2006

ahaa..

Alhamdulillah bisnes internet saya semakin cerah. Harap- harap akan terus cerah sampai bila-bila. Ini membuatkan saya semakin teruja :) . Pada permulaan dulu saya cuma pos barang RM150- RM600 aje. Jumaat lepas saya telah menghantar barang sebanyak RM 1.2k pada pelanggan di KL n Melaka. Harini saya mengambil tempahan/order sebanyak RM 2k. Terima kasih buat Dr Irfan, saya banyak membaca dan mengikuti tips2 beliau.Buat abang... terima kasih kerana banyak mengajar buat programming n buat akaun especially. U're my best guru that i ever have :).

Tuesday, December 12, 2006

Motivasi diri

Kerja-kerja amal....pulangan berbagai bentuk

by Dr Irfan Khairi

Hukum alam, lagi banyak anda memberi, lebih banyak anda menerima. Lakukan kerja amal dan kebajikan untuk perniagaan anda oleh kerana ia akan membuka pintu rezeki anda dengan lebih luas. Ianya tidak pernah gagal!

Salah satu matlamat saya adalah untuk mendirikan satu yayasan sendiri (seperti saya pernah sebut dalam akhbar Mingguan Malaysia Nov. 2005). Insyaallah akan menjadi kenyataan! Buat masa ini, saya membantu Yayasan Ilham Budi dengan aktiviti-aktiviti menjana pendapatan melalui Internet.

Menurut buku The Millionaires Next Door tulisan Dr Stanley, salah satu daripada 5 kriteria teratas mereka yang bergelar jutawan (survey jutawan-jutawan USA) adalah, mereka adalah kuat beragama dan beramal. Jadi, tidak kira agama, beramal akan memberi pulangan balik kepada anda dalam berbagai bentuk.

Tak perlu melihat survey jauh-jauh… di sini pun ada :) Saya amat kagum dengan Tan Sri Syed Mokhtar yang merupakan billionaire beriman dengan usaha-usahanya dalam Yayasan Al-Bukhari. Satu bukti jelas bahawa lagi banyak anda beramal, lagi banyak anda menerima!

__________________________________________________________

p/s: oleh itu....perbanyakkanlah melakukan kerja-kerja amal :)

Monday, December 11, 2006

Lama tak update

Alhamdulillah... harini punya kesempatan. Walaupun ada kelas tusyen pagi tadi. sebelah petang ok sikit.Memang sibuk banget seminggu du

PPN/PPWN (23- 24 Nov)

sibuk sejak Perhimpunan Perwakilan Nasional dulu dimana kami sefamili berkampung di KL selama 3 hari. Bukan setakat ummi, ayah, abang & saya aje menjadi perwakilan, bahkan pi bukak gerai lagi sana. Tu yang kalut gak tu, nasib baik ada adik2 bertiga tu, leh la tunggu gerai . Pelanggan boleh tahan :). Seronok dapat jumpa rakan-rakan lama.
Seronok mendengar ucapan dasar Ketua wanita n Presiden kalini. Lebih mantap. Apatah lagi ucapa KW di tujukan buat golongan muda, pewaris dakwah. Boleh dengar ucapan KW di Wanitajimsanasini
terima kasih buat adik-adikku yang sanggup berpanas dan berhujan menjaga gerai, abang bagi upah gelang kristal mahal ek? hehe. Idea kak Najah le tuh...



KERETA

Alhamdulillah akhirnya saya dapat hadiahkan mama kereta kancil baru.Warna silver. Cadangnya nak hadiahkan masa harijadi mama hari raya haritu. Tapi kereta lambat sampai n few things lum settle. Jadinya minggu lepas dapat hadiahkan, saya rasmi kejap aje bawak pi Alor Setar untuk bagi pada mama. Mama yang rasmi bukakkan plastiknya. hehe.
mama kata, "kalo rindu kat kakak, leh la belek kancil ni selalu". hehe.Oh ya, tak sempat nak ambil gambar kereta baru, lupa bawak balik camera ritu.
Lepasni leh keja kuat lagi sebab nak sponsor bayar kancil tiap2 bulan. Moga ia memberi satu motivasi pada saya. Selepas ayah takda, saya dan adik-adik memang berusaha selagi termampu untuk menggembirakan mama kami. Kesian mama. Bersungguh dia buat kerja. Ganti tempat ayah. Ya Allah, sejahterakanlah ayah dan mama saya. Tempatkanlah mereka di dalam syurgaMu ya Allah.

Tamrin & Muqayyam 06' (TAMU 06')

Alhamdulillah Wanita JIM Perlis baru sahaja selesai mengajurkan Program Tamrin & Mukhayyam 2006 (TAMU 06’) bagi anak-anak berumur antara 9-12 tahun pada 8-10 Disember. TAMU merupakan program tahunan dan kemuncak kepada aktiviti aulad dan banat di Perlis yang di adakan setiap tahun. TAMU 06’ kali ini membawa tema ‘Kami Mujahid Kecil’ dan disertai oleh 64 orang peserta.yang mana 51 orang dari jumlah peserta adalah anak-anak dari luar Perlis (Perak. P.Pinang dan Kedah). Kira-kira 40 orang anak-anak yang tiba dengan keretapi di bawa ke lokasi iaitu Masjid Al-Ehsan, Beseri menaiki bas JIM negeri Perlis.

Diantara aktiviti yang sangat diminati oleh anak-anak ialah ‘Khazinatul asrar race’ dan ‘Water survival skill’ Aktiviti khazinatul asrar race menguji ketangkasan fizikal dan mental anak-anak mujahid kecil yang terpaksa menyelesaikan tugasan sambil menjelajah sekeliling kampung disekitar lokasi program manakala water survival di jalankan di sungai jerneh kira-kira 20 KM dari lokasi program. Sepanjang program anak-anak peserta sentiasa di minta melaungkan lagu ikrar dengan penuh semangat yang mana diantara rangkap lirik lagu ikrar tersebut ;

Kamilah anak pewaris dakwah

Kamilah anak soleh-solehah

Kamilah PENEGAK KALIMAH ALLAH

Doakan, insyaAllah

Semoga ikrar mereka ini benar-benar menjadi kenyataan.

pulang saja dari prog TAMU memang amatlah meletihkan. Kalo masa tengah berprogram tak rasa letih, bila dah tamat aje. mula la sakit2 badan, ngantuk dan sebagainya.
Sudah lama tak merasai tidur yang secukupnya sejak sebelum program lagi. Susah juga kerja SU ni yer :). Tapi seronok berpasangan dengan Mck Noraini. Thanks makcik!
Tamat saja program hari Ahad jam 4.00 ptg, terus ajak abang pi makan. Kami berdua belum lunch rupanya. Ada ke nasi lagi ni? kita order panas-panas lah. Jom pi kedai kat stesen keratapi tu, cadang abang.
Saat-saat lapar ni, terasa makanan yang di order lambat sangat nak sampai. Sampi aje mee hailam, terus saya bedal tanpa lihat kiri kanan. hehe. Lapar + letih. sampai udang 3 ekor tu pun abang yang tolong kupas kan.hiks. Tq dear.
anyway... program kalini best sangat, dapat ramai adik angkat.haha.

Thursday, November 16, 2006

Love your children

My friend Tina ( Rosnah Maidin) ex TKCIAN just lost her beloved son,Khalid who was 19 when he died of a cancer of the lymphnodes yesterday .

I envy Tina because she had a son who was pure goodness and can inteverven to ask that she be placed in heaven and her sins forgiven
I envy Tina because she spent 3 years being with her son giving him her total dedication and care while I busy myself with other things and scarcely cast a glance at my children

Tina , you are blessed and beloved by Allah swt.....

Allhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

So please dear friends, love your children , take care of them, teach them loving considerate ways, spend time with them , so that when Allah takes them away from you before Allah takes you away you will not sit in agony wondering why you did not spend enough time with them and
hardly knew them ......

salam,
Dr Suriya
---------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: Raiyan Nusaibah... ummi sayang kamu!

Wednesday, November 15, 2006

Fakta Tentang Coklat

Sebut sahaja pasal coklat, sudah ramai yang beranggapan ia adalah gizi yang tidak sihat dan menggemukkan.Tanpa anda sedari, fakta itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya, coklat juga mempunyai khasiat dan kebaikannya yang tersendiri. Malah, dalam menu diet, ia turut di sarankan sebagai salah satu makanan yang baik. Sebelum ini, kita mendengar banyak fakta tentang coklat yang berbaur negatif. Oleh itu, marilah kita ubah persepsi tentang coklat.
Antara perkara karut yang paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutamanya di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lamajelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zink dan banyak iodin, punca utama mengapa jerawat tumbuh. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semulajadi. Jika pengaliranya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena mengena dalam pengurusan jerawat.
Coklat tidak menggemukkan. Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangan orang gemuk kian ramai. Makan sederhana termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat badan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik yang boleh menasihati mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukka. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumlah makanan yang dimakan.
Penghidap diabetes boleh makan coklat. Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberiakan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika Dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumlah terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak boleh diterima.Justeru, penghidap diabetis boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.
Coklat tidak sebabkan sakit jantung. Dalam kes sakit jantung, coklat juga yang dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada klesterol darah.

Sumber:
http://www.indomedia.com
http://en.wiktionary.org

Tuesday, November 14, 2006

New blogskin

Setelah selesai penyerahan file pelajar dan report card tadi, terasa free aje. Kalo tidak sebelum tu punyala banyak kerja. Bos bagi cuti seminggu sebelum memulakan tusyen untuk cuti sekolah ni.Boleh la lepak lelama sikit depan notebook ni :).
Dah lama cadang nak tukar skin blog. Tapi takda kesempatan sebelumni, harini free, surf sikit2. kebetulan singgah blog Dr Nehar ,tengok cantik pulak skin dari Isnaini.com . terpikat dengan skin 'chocolate'. Really...really love to eat chocolate. Bila tensen, lagi banyak makan chocolate :).
By da way... Tq Isnaini.com !!

Sunday, November 12, 2006

Lega

Alhamdulillah, Hari Ihtifal dan Penyampaian Hadiah selesai sudah semalam (sabtu). Seronok tengok kegembiraan dan kepuasan terpancar di wajah anak-anak dan ibu bapa mereka. Melihat anak-anak membuat persembahan terasa macam sayu aje sebab lepasni dah tak dapat jumpa mereka lagi. Sebab diorang dah masuk tahun 1 next year. Berhempas pulas guru-guru membuat persiapan dari latihan persembahan, balut n beli hadiah, hias dewan n pentas,buku cenderhati n sijil, siapkan pakaian n make up anak-anak, hinggalah ke jamuan makan. Alhamdulillah berbaloi rasanya melihat anak-anak membuat persembahan dengan begitu ceria sekali.
Thanks abang, for da multimedia presentation- himpunan gambar-gambar aktiviti anak-anak sepanjang sessi 2006. Siap buat jualan cd tu kat belakang yer :)
by da way... harini nak rest satu hari with Nusaibah n abang. huhu. dah lama tak bagi chance kat diri sendiri.Ayah, ummi n adik pi KL. Harini plan nak masak ngan abang :)

Saturday, November 11, 2006



la..macam handwriting abang.hehe

Friday, November 10, 2006

Peringatan untuk diri sendiri

Mengurus masa...yang mana hendak didulukan?

Dalam pengurusan masa, sekiranya anda mempunyai banyak tugasan yang perlu di lakukan dalam sehari, yang mana patut anda mulakan dulu?

Pakar pengurusan masa berpendapat bahawa anda patut mulakan tugasan yang paling BESAR dan paling SUSAH terlebih dahulu. Lakukannya di awal pagi sebelum melakukan tugasan-tugasan yang lebih kecil.

Hakikatnya, lebih ramai yang suka melakukan dan menyiapkan kerja-kerja kecil sehingga siap terlebih dahulu sebelum memulakan kerja yang besar.

Kebaikan memulakan kerja yang susah dahulu di awal pagi adalah, kebanyakan insan paling produktif di awal hari berbanding dengan lewat. Sekiranya kerja besar dilakukan pada lewat hari, produktif menurun dan masa yang diambil untuk menyiapkan kerja besar tersebut berganda-ganda!

Saya sendiri sering mengikuti petua ini dan mendapati produktiviti bertambah. Anda patut mencubanya!
-Dr. Irfan Khairi-

Monday, November 06, 2006

motivasi diri

"Fikirkan keadaan anda kini, dan fikirkan apa yang ingin anda capai pada masa hadapan. Fikirkan hidup anda kini dan hidup ideal anda. Lebih banyak anda berfikir, lebih mudah untuk anda motivasikan diri anda untuk mencapai hidup ideal anda tidak kira apa keadaan anda sekarang!"
kadang kala kita akan rasa malu untuk fikir hidup yang ideal sekiranya hidup kita amat kebelakang. Tetapi, malu jenis inilah yang merugikan. :)
-Irfan Khairi-

mm...saya suka singgah di blog beliau, seorang jutawan di usia muda :)

Friday, November 03, 2006

T-shirt Labuh

Sudah lama saya berkecimpung dalam bisnes t-shirt labuh ni. Rasanya sejak company sahabat saya Anfaal (BrotherhoodArts) mula keluarkan tshirt labuh mereka, mungkin dalam tahun 2003/04 kot (tak pasti) saya antara yang terawal menjadi agent mereka di utara. Alhamdulillah... lebih 10k agaknya berurusan dengan mereka ni. Boleh buat belanja kenuri kawen kat hotel kan anfaal? hehe.
Sesambil tu saya try juga design sket2 untuk t-shirt labuh kanak-kanak. Laris. Tak sangka ada yang berminat. Then saya cuba design untuk tshirt dewasa, buat design bodo-bodo aje.masih belum leh tandingi BrotherhoodsArts lagi. Pada masa yang sama, saya masih lagi terus menjual t-shirt2 BrotherhoodArts. Sambutan? alhamdulillah menggalakkan. Lagipun saya buat tshirt, tak banyak. 100-200 helai aje sekali buat. cepatla habis :). Edar pun serata Penang, Kedah n perlis aje.
Ada rakan-rakan di KL bertanya, "aik...buat t-shirt nape tak iklan? laa... takdan nak iklan kak oi... dah abis stok".hehe. lagipun kami kat sini susah nak dpt suplier yang boleh bagi harga terendah dan kain yang berkualiti.
Lagipun saya tak sempat nak jual banyak-banyak disebabkan kesuntukan masa dan kesibukan bekerja.
T-shirt labuh ni sesuai dipakai di mana sahaja terutamanya bersukan. Menutup aurat, berbanding dengan t-shirt biasa yang agak singkat dan kurang sesuai untuk wanita. Kalo dulu, nak bersukan...nak kena cari baju yang labuh2 dan besar2... tapi sejak ada t-shirt labuh ni, tak payah susah-susah lagi.
kelakar juga bila teringat masa kami (saya dan beberapa org kwn) joined aerobik setiap pagi sabtu di dataran klinik Arau, ramai yang bertanya... "cantik tshirt, beli kat mana? Tak pernah jumpa pun". hehe. Saya mula la buka cerita. Saya le yang dok jual kak oi. minggu seterusnya... 20 orang yang memesan. hehe.
Alahamdulillah...sekarang, makin ramai yang menyedari pentingnya pemakaian tshirt labuh ni dan semakin ramai yang mengeluarkannya. tahniah. design pun hebat2 belaka. Moga usaha kita diberkati Allah hendaknya. Ameen.

Wednesday, November 01, 2006

Makanan Ekspress untuk Du'at

Dari: Norhasnida Zawawi

Pemilihan makanan untuk keluarga adalah penting bagi membina keluarga du'at yang mempunyai kekuatan tubuh badan yang baik. Di samping itu, kesihatan tubuh badan badan du'at yang baik sudah tentu akan membantu dalam merancakkan aktiviti dakwah.

Pengalaman saya sendiri, berlaku sedikit konflik pada awal perkahwinan kerana saya datang dari keluarga yang tidak biasa makan di luar (restoren etc.) atau beli makanan tetapi keluarga zauj biasa beli makanan diluar. Pada mulanya saya 'insist' untuk masak juga walaupun zauj suruh beli aja kerana kadangkala memang tak sempat nak masak. Tapi lama kelamaan disebabkan memang dah tak larat dan sangat2 tak sempat, saya pun mengalah untuk beli makanan di pasar malam atau restoren sahaja. Sebenarnya tidak menjadi masalah sekiranya makanan yang dibeli itu tidak mengandungi kandungan minyak, perisa dan pewarna makanan atau lemak yang tinggi serta bersih tetapi kebanyakan restoran (apatah lagi di pasar malam) di Malaysia ni mempunyai tahap kebersihan yang rendah. Minyak di pasar malam biasanya di 'recycle' melebihi 3 kali masakan menyebabkan makanan mempunya 'trans fatty acid' yang menjadi punca kepada penyakit kanser.

Jadi bagaimanakah kita hendak menjaga kualiti makanan disamping menangani keadaan sibuk kita sebagai du'at?

Ada beberapa perkara yang keluarga kami lakukan untuk menjaga kualiti makanan:
1)Mengurangkan kekerapan ke pasar malam. Kami membeli makanan di pasar malam hanya 1x seminggu.

2)Membeli makanan yang tidak bergoreng. Alhamdulillah, di Fasa 7 BBBangi ada sebuah gerai makanan yang menjual nasi serta lauk pauk yang mempunyai kualiti seperti yang di masak di rumah.

3) Mengurangkan pengambilan fast food dan makanan ringan. Fast food dan makanan ringan (termasuk coklat dan gula-gula) tidak dibenarkan kecuali pada musim perayaan/ kehadiran tetamu / kenduri kahwin (biasanya akan dihadiahkan dengan gula-gula)/ hadiah. Perkara ini memang kami persetujui bersama. Nasib baik juga anak kami Nusaibah (2 tahun) dan Muadz (2 bulan) dihantar ke nurseri yang memang mengamalkan prinsip yang sama.

4)Membeli perencah segera untuk lauk pauk jenama Brahim's yang tidak mengandungi pengawet dan perisa makanan (boleh siap masak dalam tempoh 15 minit sahaja).

5)Masak lauk yang simple2, maksimum setengah jam waktu memasak (alhamdulillah zauj tak memilih sangat:-)).

Tuesday, October 31, 2006

Singgah-singgah

Semalam... singgah-singgah ke beberapa tempat dalam perjalanan pulang dari Penang ke Perlis. Singgah agak lama juga di Giant, Alor Setar. Mengintai-intai kedai di sana. Masuk ofis Giant untuk tanya kedai or peluang bisnes. Penuuh yakmat. Juzz boleh isi nama untuk 'waiting list'je. Tulis nama dan produk apa yang nak diniagakan. Nampak macam produk makanan yang saya tulis tu menarik minat staf kat situ. Tapi tataulah. Jangan pulak diorang tu curi idea saya dah ler :).Harap-harap dapat la satu tempat kat sana, satu hari nanti.Amin... ya rabb!!
Harini,saya try listkan sekolah-sekolah menengah n IPT di sekitar Perlis ni. Ada 30 hingga 32 tempat semuanya.Sehari boleh 6 atau 7 tempat.Apa saya nak buat ye? hehe. Ini mungkin bakal menjadi projek dana saya untuk thn 2007 ni. Samada larat atau tak larat ajer.

p/s: saya rasa(kepingin banget) nak setup bisnes senirik la. Saya tanak keja bawah orang lagi. Saya teringin nak jadi bos pulak :). mmm....abang adalah penasihat, akauntan dan sumber modal terbaik saya :)

lagi satu... saya berjaya kumpulkan gambar-gambar gelang swarovski yang saya jual. ini hasilnya, http://gelangkristal.fotopages.com

Tq chefli,Irfan Khairi,Puan Ainon,Robert Kiyosaki n others! Membaca penulisan kalian bikin saya ribut.haha

Monday, October 30, 2006

Raya kalini...

Selama seminggu kami cuti raya, selama seminggu itu juga kami (saya,suami n anak) balik ke Penang menemani mama. Kebetulan keluarga mertua pulang berhari raya di Terengganu. Maaf, tak dapat balik ke Terengganu tahun ini. Sedih nak tinggal mama n adik-adik memandangkan ini kali pertama berhari raya tanpa ayah.
Raya kalini sedih sekali, lepas solat raya terus ke pusara ayah. Memang sebak di dada mengenangkan seribu satu kenangan bersama ayah. bermain-main di ingatan setiap ketika. Saya masih lagi merasakan pemergian ayah seolah-olah satu mimpi. Tak sanggup melihat mama seringkali berlinangan air mata tiapkali merindui ayah.Tenanglah ayah di sana. Kami sentiasa mendoakan ayah.
Alhamdulillah...kalini ramai saudara mara (yang tak berapa kenal sebelum ni pun ada) datang beraya. riuh juga rumah dengan para tetamu. Pertama kali saya mencuba skill memasak spagetti dalam kuantiti yang banyak. Alhamdulillah... burrrpp.... :)

P/s: Nusaibah ucapkan terima kasih daun keladi pada yang bagi duit raya padanya. amboi...banyak juga si kecik tu dapat :)

Tuesday, October 24, 2006

Eid Mubarak!!

Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan,

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR BATIN"

buat semua rakan-rakan yang mengenali kami. Jemputla ke rumah :)

dari:

Wan Saifuddin Wan Muda
Najah Farahin Ahmad Faisal
Wan Raiyan Nusaibah Wan Saifuddin

Monday, October 02, 2006

Kuih Raya

Saya suka-suka aje buat kuih, tak sangka ada kawan-kawan menempah. Jadinya amik la tempahan sikit-sikit. Saya limit takat 2000 biji aje. Takut tak larat nak buat. end up, sehari sebelum ramadhan saya dah tutup tempahan. Tart nenas gulung 1500 biji, makmur 1000 biji. Buat 2 jenis aje. tanakla buat banyak-banyak, takut tak terbuat.
Bila saya buat? Saya buat time lepas sekolah jer. Sepetang dan buat hari-hari. Nusaibah ada di nurseri. Time tu aje la time amat berkualiti buat kuih. Time malam....saya tanak ganggu ibadah ramadhan saya. Tadarus n Terawih.
Saya buat tujuan saya nak belajar. Memang saya suka belajar buat kuih. Kebetulan semalam ada baca buku "Rich Dad,Poor Dad" (bukuni dijual masa saya di matrik lagi, tapi juzz baca gitu-gitu aje masa tu). Bekerja untuk belajar, bukan untuk duit. saya rasa betul juga, mula-mula saya buat kuih dulu...memang cadang nak belajar. Saya nak belajar semua perkara selagi saya mampu.
Doakanlah agar saya dapat mengejar dateline 'kuih raya' saya ni yer. Tahun depan saya tanak amik tempahan lagi sebab tahun depan saya nak pregnant pulak yer. hehe

Sunday, October 01, 2006

10 Muwasafat Tarbiyah

1. Aqidah yang sejahtera
2. Ibadah yang shahih
3. Akhlak yang mantap
4. Luas pengetahuan
5. Sihat tubuh badan
6. Mampu berdikari
7. Melawan nafsu
8. Sangat menjaga masa
9. Tersusun urusannya
10.Bermanfaat pada orang lain

Friday, September 29, 2006

......

"Bila kita melihat pada apa yang tidak kita punya dalam hidup kita, kita tidak akan memiliki apa-apa".
"Tapi bila kita melihat pada apa yang ada di tangan kita,kita memiliki segalanya".

Thursday, September 28, 2006

Salam Ramadhan...

Moga Ramadhan kalini menampahkan lagi keimanan dan ketaqwaanku. Ramadhan kalini banyak mengajarku erti kehilangan,kasih sayang, kebahagiaan...
Kehilangan...kalini ramadhan tanpa ayah dan tukwan. Memang satu kehilangan dan kesyahduan yang teramat...
Dari kehilangan itulah mengajar aku lebih menyayangi serta memberi perhatian lebih buat mama yang kini hanya bersama adik-adik.dan tinggal keseorangan tatkala adik ke sekolah. Dari kehilangan itu juga mengajar aku bahawa lebih menyayangi orang-orang sekelilingku selagi mereka masih ada. Jadi anak yang baik,ibu yang baik, dan jadi isteri yang baik.Jadinya...Makin bercambahlah kasih sayang... bertambah kebahagiaan....

Salam Ramadhan Al-Mubarak!!

Tuesday, September 19, 2006

Dah 2 tahun...

Semalam beli-beli barang untuk buat kek. cadang nak buat sendiri kek kat budak kecik tu walaupun memang tengah bz banget. Lepas isya' terus tertido, terjaga jam 1.15 pagi. aiseh.... kek lum buat lagi. bingkas bangun buat kek ditengah dinihari....
Alhamdulillah, jadilah sebijik kek coklat moist yang nampaknye sedaaaap. Lupa nak amik gambar. So, lepas letak topping, leh bagi pada Nusaibah untuk dibawa ke nurseri nyer tu. Thanks abang tolong packing biskut n snek untuk kawan-kawan nurseri Nusaibah.
Alhamdulillah... hari ini Nusaibah menyambut harijadinya yang ke-2 tahun dengan gembiranya bersama kawan-kawan se nurseri.
Semalam tanya Nusaibah," Aibah nak adiah ape?". Terkejut dia jawab, "Beg kolah!" (beg sekolah). Kami pun memilih beg sekolah yang paaaling kecil untuknya. Dia pilih warna biru yang ada gambar Spiderman. Sambil menggayakan aksi spiderman seperti gambar pada beg itu. Lucu sekali. haha.
"SELAMAT HARI LAHIR YANG KE- 2 ANAKKU, MOGA JADI ANAK YANG SOLEHAH. UMMI N BABA SAYANG KAMU"

Monday, September 18, 2006

Anak Saya...

Anak saya hampir berumur 2 tahun. sejak dihantar ke Nusery, macam- macam modalnya. sudah pandai bercakap. Kadang-kadang tak sangka perkataan yang terkeluar dari mulutnya. lancar sekali. "ummi, tolong buatkan susu". kalo dulu, "nak susu". Paling terkejut, bebaru ni dia datang bagitau, "ummi, tolong basuhkan berak, aibah tak reti, aibah kecik agi". errk...sape ajar ni? cikgu awak ke? banyak vocab rupanya anakku sorangni. Lega, anak saya dah bagitau time dia nak poo-poo. Tapi kadang- kadang aje. sesekali, dah ter...., baru bgtau. takpe...masih training.
Sejak start ajar Nusaibah membaca buku kaedah fonetik, buku cerita n flash card n tgk CD... dia macam leh kenal sket-sket . cuma dia suka hafal, "Ini ibu saya,"itu ibu ani, itu ibu abu". sesambil bukak buku n baca. Padahal tak reti satu ape pun. hehe.
satu yang buat ummi penat, satu hari 4-5 buku suruh ummi bacakan. "ummi, tolong bacakan buku".Aduh, letihla ummi macam ni. Baru anak sorang. Bukan nak baca sendiri. Asyik paksa suruh bacakan, kalo tak baca....sudah pandai merajuk. rebahkan badan kat atas katil, terus nangis. manja betoi. ikut sape tah. Kesian dia kalo tak layan.
Sejak tok umi hadiahkan telekung, suka sangat solat. Tunggang Tunggeng jadinya. lucu juga. Bila baba nak amik gambo, terus berenti solat n posing kejap, then sambung balik solat.haha. Kalo naik kereta, cukup alert dengan masjid, bila nampak aje masjid, dia akan jerit, "asjid oolaaat!!" (masjid, solat). hiks

P/s: paling tak lupa wording dia- "ummi!engok baba owek idung!" haha. tula baba, korek idung jangan depan anak....

Saturday, September 16, 2006

Ayah dalam Kenangan

Sudah lama saya mencari kekuatan ini. Alhamdulillah punyai secebis kekuatan atas doa semua agar saya dan keluarga redha dan tabah menghadapinya.
Tanggal 6 September 2006, jam 10.20 malam, ayah tercinta telah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Ayah pergi di malam hari lahirnya yang ke 59.Ayah pergi secara mengejut, sehingga kini... saya dah ahli keluarga merasakan seperti mimpi bahawa ayah tiada lagi dalam hidup kami. Ayah mengalami sesak nafas (mungkin ini disebabkan serangan jantung) selama beberapa minit dan akhirnya menghembus nafas terakhir di pangkuan mama. Selain mama, sesiapa pun tak sempat menghadap ayah di saat- saat terakhir. Adik yang sedang buat homework kat bilik pun tak sempat. Apatah lagi saya berada di Perlis, adik kedua berada di Johor, adik ketiga di ukm.
Sedih....tiada apa yang paling menyedihkan selain kehilangan yang dikasihi. Saya amat rapat dengan ayah. Masih terbayang- bayang saat- saat bersama ayah, makan dengan ayah, main dengan ayah, bergelak ketawa dengan ayah, konvokesyen dgn kehadiran ayah. Bila ayah dah takda, memang terasa hidup begitu sunyi dan susah. Terutama buat mama. menjalani hidup tanpa teman disisi, teman sebilik, teman berceloteh,teman suka dan duka.
Kini baru saya terasa betapa beratnya tanggungjawab sebagai anak sulung. Padahal sebelum ni saya tak terasa sangat disebabkan segela keputusan keluarga semua di tangan ayah. Ayah... sungguh pantas ayah meninggalkan kami. Kami sentiasa mendoakan ayah. Moga ayah berada di saf mukminin.
Ayah,
Mudah dan tenang sekali ayah pergi. Cuma kakak terkilan, kakak tak sempat ke Mekah dengan ayah. Kita pernah rancang satu ketika dulu. Tapi Allah sebaik- baik perancang. Kakak dah tulis kad harijadi pada ayah malam tu, cadangnya kakak nak kejutkan ayah dengan call dan sms, then nak bagi Nusaibah ucapkan birthday pada tok ayahnya. Rupanya ayah yang kejutkan kakak dengan pemergian ayah. Tak sempat kakak nak bagi kad harijadi pada ayah.Tak sempat kakak nak ucapkan "Happy Birthday" pada ayah jam 12 malam , Jam 10.20 malam ayah dah takda.Kakak sedih sangat.Kakak nangis sampai mata kakak sakit n terkena jangkitan kuman. Kakak tahu, tak boleh terlalu menangis, perlu redha dengan pemergian ayah, tapi kakak terlalu sedih pada waktu tu. Moga Allah ampunkan kakak. Kakak redha dengan pemergian ayah.
Ayah, minggu depan dah nak puasa, lepas tu raya. Selalunya ayahlah orang yang paling gembira bila menjelang ramadhan, orang pertama ke masjid, berbuka dengan menu best,bila hari raya mama mesti masakkan rendang kegemaran ayah. pastu ayah suruh mama masakkan laksa kegemaran kakak. Kakak taktau cemana kakak, mama n adik-adik nak hadapi ramadhan n syawal ni tanpa ayah.Tenanglah ayah di sana. Kakak, mama dan adik-adik sentiasa merindui ayah tiap ketika. Moga kita bertemu di syurga Allah.

Al - Faatihah buat ayah Ahmad Faisal b Hj Said

Ayah (7 september 1947 - 6 September 2006 )

rindu ayah,
-Kakak anak yatim-

Thursday, August 31, 2006

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan...

Abang,
Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke-3. hehe, tiapkali hari ulangtahun perkahwinan kita, satu Malaysia cuti kan!!
Terima kasih kerna menjadi seorang suami n ayah yang terbaik. Rasa Macam baru aje kita kawin kan bang! tup- tup dah 3 tahun dah ikatan perkahwinan kita.Moga abang terus bersemangat dalam menempuhi hari-hari mencabar dan mendatang...

Untuk abang,
Dealova- Once

aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi


selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada

p/s: sorry...hadiah yang tak seberapa. hehe. tunggu sayang abang ni kaya sket 3 thn lagi.heheheh

Friday, August 11, 2006

ATOMIC DEMOLITION MUNITIONS



is he terrorist ???

info web: ATOMIC DEMOLITION MUNITIONS

AFGHANISTAN, IRAQ ,PALESTIN, LUBNAN.... KE MANA PULA SELEPAS INI??

Thursday, August 10, 2006

Impian dan Cita- cita

Semua orang punyai impian dan berharap agar impian akan jadi kenyataan. Cita- cita tu cemana pulak ye? impian tu angan- angan ke? . Kalo masa kecik-kecik dulu cikgu tanya, apa cita- cita awak? agaknya cita- cita tu nak jadi apa kot. impian tu nak dapat sesuatu kot. Tapi pada aku, impian ker...cita- cita ker... aku akan dapatkan juga walaupun bukan semua yang tersenarai. aduh, i'm not so good in 'bahasa'.Nak bezakan impian dan cita-cita pun tersangkut.Tapi setakat nak tulis-tulis ni, bole la. My dh punyai penguasaan bahasa melayu yang baik. Aku mula menyukai penulisannya dalam idealis mahasiswa 4 tahun lalu. hehe. syhhh.... tak ku sangka orang yang aku minati penulisannya itu, meminati aku juga :). " Bila lagi abang mahu menulis semula ?" "abang tak sempatla yang oi".Aku akui, suamiku agak sibuk sejak kebelakanganni.
Berbalik kepada impian dan cita- cita. Aku juga punyai impian seperti orang lain. Punyai cita-cita seperti orang lain.Mungkin ia sama dengan orang lain, mungkin berbeza sedikit.Kata orang, kalo impikan sesuatu, beritahu dunia... agar ia dapat memberikan motivasi buat kita untuk mencapainya. sebabnya, kalo tak dapat, sebab semua orang dah tahu, so kena berusaha agar dapat capai la. hihi. itu kata orang. Tapi selama aku hidup ni, aku tak pernah ceritakan impian aku. Hanya Allah yang tahu, kadangkala aku bercakap padaNya apa yang aku impikan. Aku malu nak cerita kat orang sebab terlalu banyak impian aku, belum tercapai. hehe. Moga Allah makbulkan segala apa yang aku impikan.Ameen...

Sunday, July 30, 2006

Happy Birthday

"Happy Birthday ayah/tok ayah", ulang tahun yang ke 54. Moga ayah sentiasa dirahmati dan diberkati hendaknya. Kami sentiasa mendoakan ayah serta menyokong ayah.Moga ayah terus bersemangat di hari- hari mendatang. Ni ayah mertua saya kat blog Wan Balqis

CHECKLIST



Andainya aku ni Ahmadenajad, akan aku talakan nuclear weapon aku tu, biar nama Israel tu "wiping off the map"

Saturday, July 29, 2006

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Semalam merayau- rayau di net dok cari biodata imam bukhari, terjumpa 'bukhari moden' di blog arwah nuun.
kaya nyer la beliau alahai....alangkah indahnya jika ramai lagi jutawan di Malaysia seperti ini.
Tan sri yang dihormati, andainya tan sri membaca blog saya, saya dan kawan-kawan di Perlis akan menganjurkan program palestine pada 9 Sept ni. Harap Tan sri dapat menghulurkan sedikit sumbangan. (apela aku ni, kalo nak mintak, mintak le bersungguh- sungguh, hantar surat ker jumpa ker. ko ingat dia tau ke blog ko wujud.hehe.ish)

Latar belakang Syed Mokhtar
Umur: 53 tahun
Pendidikan: SPM
Mula berniaga: umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan: RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya: MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta: Proton Perdana

Petikan kata-kata Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Sumbangan sosial
Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

Bagaimana sumbangan sosialnya bermula?

Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah .

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.

Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Amik kat http://nuun.blogspot.com

Friday, July 28, 2006

Pesanan Tentera Hizbullah

Berjuang Dengan Doa Pesannan dari tentera Hisbullah - Sayyid Hassan Nasrullah, Pemimpin Hizbullah Lubnan. "Buat masa ini, kami belum memerlukan bantuan sukarelawan, senjata atau wang. Wahai saudara2 kami kaum muslimin, bantulah kami dengan doa dan munajat setiap detik saudaramu untuk kemenangan Islam dan kehancuran Israel. Bacalah Qulhuwallah setiap masa diselangi La Ilahailla Allah sambil memusatkan ingatan kepada kehancuran Israel". Sebarkanlah wahai saudara2 kami...

raiyan: kami akan terus perhebatkan lagi kutipan palestine terhadap rakyat malaysia, kempen RM 1 seorang. kutipan dan jualan masih terus aktif dan diteruskan sampai bila-bila. cadangan disediakan satu tabung satu keluarga di dalam rumah amat di alu- alukan. Program kutipan palestine secara besar- besaran (kemuncak) akan di adakan pada 9 september 2006 di Kangar. Moga Allah permudahkan urusan ini. Amin.

Tuesday, July 25, 2006

Ahhaa...

Life as usual again, kepala otak saya seakan berpusing- pusing memikirkan sesuatu :).Makcik Zaini amik, ajak lunch, bincang sket- sket. End up, yea! aku dapat balik awal, tak macam 4.30 selalu. So ade la plan nak buat sesuatu waktu petang. hehe. Nizah call nak jumpa. Dia datang amik aku n aibah pi jejalan kat tasik Uitm. lama tak jumpa, sembang sampai nak malam pun tak sedar. hehe. cute baby aisyah. Aibah nak amik bawak balik. hihi. Ada projek bisnes. patutla nak jumpa. hehe. wokeh! we'll see!

Monday, July 24, 2006

How low Israel can go?

Got this email from Abu Ibrahim...

We ask, are there any limits of how racist, brutal and criminal can Israel be in its savage destruction of Lebanon? I think the answer is no limits at all.
Check by yourself how hatred is being tought to Israeli children. Here thay are writing notes to Lebanese children at the heads of the Israeli artillary. The Lebanese children have received thier gifts. Up to now a total of 43 Lebanese children have been killed in their homes, cars and shelters while "Israel is defending itself from terrorists".

Israeli children sends gifts to Lebanese children:


Israeli girls write messages on a shell at a heavy artillery position near Kiryat Shmona, in northern Israel, next to the Lebanese border, Monday, July 17, 2006. (AP Photo/Sebastian Scheiner)

Lebanese children receive them:


Oh tuhan... saya sudah tidak tahan lagi....sayu hati saya, bergetar jantung saya melihatkan saiz badan ini serupa/sama besar dengan Nusaibah.Allah..... saya tidak dapat menggambarkan kepiluan hati ibunya.

Sunday, July 23, 2006

Jejalan...

Antara blog yang saya suka pergi ialah Bakersplace , saya ikut perkembangannya sejak dia mula berniaga roti di stesen lrt, dia buka kedai bakeri, mengajar kelas membuat roti, menukar pengurusan bakerinya, sehinggalah sekarang. Suami saya yang jumpa blog ni.ada satu resepinya saya salin dan cuba buat. Egg Tart. yup, sedap. mak mertua saya pun puji sedap. saya jadi kembang seketika. hehe. by da way.... thanks encik bakhtiar!!

Thursday, July 13, 2006

Untuk aibah..

aibah sayang,
ummi mintak maaf sebab ummi tampar tangan aibah tengahari tadi. tengahari tadi memang ummi penat sikit balik dari kelas. tensen juga dengan kerenah budak- budak kat kelas pagi tadi.
aibah bising nak ubat examo yang aibah suka makan hari2 tu. tapi harini kan aibah dah makan, takleh la nak makan lagi. esok la pulak. memang aibah tak faham sebab aibah kecik lagi. ummi letak atas almari buku bahagian tengah dengan harapan aibah takdapat amik. tapi kecerdikan aibah terserlah, aibah amik kerusi dan sorong ke almari, panjat dan amik. Aibah goncang kuat-kuat, terus tarik penutup. berselerak la semua ubat dalam examo tu. Habis selerak ke lantai, aibah kutip dan makan pulak! tatau berapa banyak dah aibah kutip.
ummi time tu terus naik angin, geram sangat. terus tampar tangan aibah.Ummi tarik aibah ke tepi masa aibah dok seronok kutip examo tu. ummi tau aibah nangis bukan sebab sakit, tapi sebab merajuk dengan ummi kan?
ummi mintak maaf ye. ummi menyesal, ni kali pertama ummi tampar tangan aibah. Bila ummi peluk, aibah ketawa semula. lagi la hati ummi rasa menyesal yakmat. Petang tadi ummi tunggu sampai aibah bangun tido, mandi n pakai cantik2, ummi bawak aibah pi ziarah baby baru mck Hartini. Aibah seronok sangat tengok baby. balik umah aibah sibuk cerita kat semua orang yang aibah tengok baby kan! Orang lain nganga aje tak paham bahasa aibah. hehe.

aibah...aibah...bila ketawa, seisi dunia turut ketawa melihatmu...

Wednesday, July 12, 2006

Makan

Anak saya berumur 1 tahun 10 bulan. Amat susah nak makan. Suka minum susu aje. Masakla makanan sedap2 pun. 2-3 suap aje lepas masuk perut dia. Pastu tanak dah. puas pujuk, macam-macam style dah. Ala2 kapalterbang la, roket la, keretapi la, rambo la, pujian la. tanak juga. coklat nak pulak. tensen...
Tapi bila balik umah tok mama, dia makan agak banyak juga walaupun tak habis. Heran ye. Agaknya dia suka tangan orang lain suap kot.
Ayah saya perli, "aai belajar tinggi2....amik kos nutrition, anak masih tanak makan jugak ke?". hehe. Tokmama yang tak amik nutrition jugak yang lebih berjaya. itulah berharganya sebuah pengalaman. Mak2 kita punya pengalaman lebih banyak dalam mendidik dan memujuk anak-anak.



Testing!! Amik ni kat blog baiti.tq baiti ;)

Tuesday, July 11, 2006

Projek Perumahan

Setiap hari aku ulang alik pi keja, sampai aje dekat simpang Uitm tu, aku mesti toleh n perati rumah yang baru nak siap tu. Leh tahan, tapi mahal, sebab bukan Semi D, rumah lot sebuah- sebuah ni. Aku tunggu juga bila nak siap, rumah contoh dah siap 50% nampak gaya tu...lambat lagi la rasanya. kalo tak tengok rasa cepat siap. Tapi kalo asyik dok perati aje, memang rasa lambatnyer la nak siap.Bestnyer ada umah sendiri kan! Memang ada juga aku pernah design rumah idaman. tapi setakat atas kertas aje. Tatau bila laaa kat atas tanah tuh :)

Monday, July 10, 2006

Hmmm...

Moga keputusan yang bakal saya ambil ini direstuiNya. Ameen. saya tahu, sesuatu bakal terjadi dalam masa beberapa harini :)

Sunday, July 09, 2006

Selamat Hari Lahir

Dearest Abang,
Selamat Hari Lahir ke 27,ummi n aibah doakan moga abang akan terus bersemangat dalam perjuangan di medan ilmu n da'wah.Kami beruntung dan bertuah memiliki abang.
Sejak kahwin dengan abang, ummi dapati abang memang independent. Banyak benda abang buat sendiri. kadang-kadang terkejut sebab semua kerja abang leh buat. Baju abang pun abang gosok sendiri. Baju kami abang basuh n sidai,makan serve sendiri, basuh poo poo n mandikan aibah selalu, tengah malam bangun buat susu aibah, basuh tilam aibah. semuanya abang buat. kadang- kadang ummi rasa bersalah. tapi... bila dah semua abang buat,jadi terbiasa pulak. hehe. ummi akui dah lama ummi tak sapu sampah n mop lantai. asyik abang aje ambil alih.Memang bertuah kawin ngan abang. dan paling ummi rasa bertuah sangat, selama ummi pi kerja tahun ni,ada 2-3 kali aje ummi isi petrol.semuanya abang full kan. terima kasih abang.
Memang ummi akui, kalau abang takde, tiapkali abang ke KL or ke program memana 2-3 hari, ummi rasa susah sangat hidup ni. sebab sebelum ni memang bergantung harap kat abang aje. baru sedar betapa susahnya kalo abang takde.
Abang, ampunkan segala salah silap ummi selama hampir 3 tahun kita bersama. moga Allah limpahkan barakah pada rumahtangga kita dan puteri kita yang teramat la nakal tu. Kami sentiasa bersama abang dalam menghadapi apa jua rintangan dan cabaran dan senantiasa menyokong abang.

sayang abang,
ummi aibah

Friday, July 07, 2006

update

salam...
Alhamdulillah diberi peluang untuk mengecapi nikmat tuhan dan masih lagi bernafas di bumi Allah ini.

Banyak perkara aku nak buat.Bukan setakat nak menulis ni aje. semua menda nak buat, tersusun dalam kepala. tapi tatau kat mana nak mula... haha
Abang suruh plan bebetul. dah banyak sangat perkara nak buat. A few yang dah start, tapi terbengkalai tak sambung, ada yang belum start, tapi tak sabar nak buat sesangat dah.
mmm...apeakucakapnih??

Friday, January 27, 2006

She Juzz a 'guru'

Seronok rasanya dapat berpeluang menghubungi rakan-rakan even melalui alam cyber. Lama tak berjumpa. Memang aku teringin dan rindu sesangat nak jumpa teman-teman masa belajar dulu. Bila dah lama tak jumpa mesti ayat pertama,

+ " ko watper skang?"
- "jadi engineer kat company xxx.Ko?"
+ " jadi cikgu ajer...."

Nape aku suka cakap..."I'm juzz a 'guru' ?", nape aku tak cakap "Yeah, I'm a guru! I'm proud to be a 'guru' "

Lekeh sangat ker ek? agaknye jadi cikgu ni gaji tak banyak macam kawan-kawan yang jadi engineer or doctor kot....

teringat- ingat sajak "Guru Oh Guru"
karya Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Dr Usman Awang.

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,

Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,

Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,

Jika hari ini seorang ulama yang mulia,

Jika hari ini seorang peguam menang bicara,

Jika hari ini seorang penulis terkemuka,

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

------------------------------------------------------------

Aku: apa perasaan aku sekarang ye??

Wednesday, January 25, 2006

Sedih

Petang tadi abang forward kan sebuah entry yang aku rasa cukup sedih. http://maxolon.tripod.com/oct05.html

Buat Dr Max , semoga tabah menghadapi dugaan ini walaupun hampir 3 bulan berlalu. Takleh bayangkan kalo aku di situasi seperti itu.

Tuesday, January 24, 2006

7 Don'ts after EAT

Don't smoke ( yang ni memang tak la. coz aku tak smoking :) )
Experiment from experts proves that smoking a cigarette after meal is comparable to smoking 10 cigarettes (chances of cancer is higher).

Don't eat fruits immediately
Immediately eating fruits after meals will cause stomach to be bloated with air. Therefore take fruit 1-2 hour after meal or 1hr before meal.

Don't loosen your belt
Loosening the belt after a meal will easily cause the intestine to be twisted & blocked.

Don't drink tea
Because tea leaves contain a high content of acid. This substance will cause the Protein content in the food we consume to be hardened thus difficult to digest.

Don't bathe
Bathing will cause the increase of blood flow to the hands, legs & body thus the amount of blood around the stomach will therefore decrease. This will weaken the digestive system in our stomach.

Don't walk about
People always say that after a meal walk a hundred steps and you will live till 99. In actual fact this is not true. Walking will cause the digestive system to be unable to absorb the nutrition from the food we intake.

Don't sleep immediately
The food we intake will not be able to digest properly. Thus will lead to gastric & infection in our intestine.

----------------------------------------------------

cut n paste from blog aqeez, hehe
http://www.wbalqis.blogspot.com

Monday, January 23, 2006

syukur...

Alhamdulillah... syukur pada Allah kerana memberi peluang aku hidup dan bernafas hingga ke saat ini. Bersyukur kerana di beri nikmat kebahagiaan dan ketenangan.... dikelilingi orang-orang tersayang. Alhamdulillah.. alhamdulillah...alhamdulillah...

"SELAMAT HARI LAHIR NAJAH!"

Thursday, January 19, 2006

Malaikatmu...

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan kedunia...Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"
"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."
"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
" Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"
"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.
Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan :"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Dipetik dari emel Karisma-net
-----------------------------------------------------------------

Aku: huhu...harini aku rindu kat mama... baru teringat,lama tak call.

Wednesday, January 18, 2006

Course (untuk Nusaibah)

KURSUS CEPAT BACA & I CAN READ

Tarikh:
4 Feb 2006

Masa:
9.00 - 1.00 tgh & 2.00 - 6.00 ptg

Tempat:
UIA, Gombak. Kuliyyah Ekonomi LT 2

Sesi 1
Konsep Membaca dalam Pendidikan Bahasa Melayu
Prinsip-prinsip Asas Kemahiran Membaca
Pendekatan dan Sistem 4P

Sesi 2
Isi Kandungan 'Cepat Baca'
Fonem Asas dalam Bahasa Melayu
Pendekatan dan Teknik Pengajaran Berkesan
Panduan Rancangan Mengajar

KURSUS : I CAN READ ( 2.00 - 6.00 ptg )

Session 1
Teaching English as a Second Language
The Basic Principles of Reading
Systematic Approach to Develop Reading Skills

Session 2
Book Contents
Basic Sounds or Phonemes in the English Language
Effective Technique Used in the Classrooms

-----------------------------------------------

boleh lawati web http://www.ameenbooks.com.my/v1/

ada dua sessi, satu lagi kursus CEPAT JAWI & ARAB... nak pilih yang mana ek ?

Aku : nak pegi lerr...sebab dapat tiket kursus FREE. tengkiu ummi :)...yeay! Leh ronda KL. hehe ( keluar tanduk)

Monday, January 16, 2006

Master

Tengahari, dapat phone call,

"A'kum Cik Najah, juzz remind you untuk register Master of Education pada 20 Januari ni ye. Surat tawaran akan menyusul. maaf terlewat sikit."

Aku: errrk! saya nak tangguh ke intake May yerr....hehe

Ku akui....awal- awal tahun ni banyak maslahat yang masih perlu dibereskan di tambah pula kedudukan kewangan yang masih belum dan 'nak kukuh'. Insyallah... suatu hari nanti akan realisasikan jua segala apa yang dicitakan :)

p/s 1: tahniah buat Jannah...harini dia daftar KPLI. ceh! dapat maktab Perlis hang no... :)

p/s 2 : Harini... hari pertama join PDH

Sunday, January 15, 2006

Ohh...

Gosh... Nusaibah got diarrhoea today. 7 times she throwed her 'ice cream' . It was the first time since she came in this world :). I blamed myself on what happened just now...cuak woo, asyik nangis....sakit perut agaknya.
Alhamdulillah.... doktor cakap takde apa. dun worry. she juzz wanna throw her 'kekotoran' out form her stomach.
errk....Nusaibah ada makan apa yang ummi tatau ke?

Thursday, January 05, 2006

TM

Tolong! Tolong! Rumahku dimasuki streamyx! hehe. Kini alangkah indahnya dapat online dengan notebook ni sambil berbaring, berjalan atau berlari.hehe. seronok juga ber 'wayarless' ni yer. laaa....orang lain dah berkurun guna. kita... orang Arau baru nak guna ke? hihi

Wednesday, January 04, 2006

2006

Salam tahun baru! Mmm...apa la yang perlu saya katakan? Menyenaraikan segala azam saya tahun ini? Banyak tu :). Ape pun… saya pastikan ia nya tercapai insyallah.
Walaubagaimanapun... Anak saya semakin membesar, usia saya semakin bertambah. Oh tuhan...saya gembira dan bersyukur dengan kehidupan saya sekarang. Sederhana. Tapi sempurna. Saya berdoa agar Allah merahmati orang-orang disekeliling saya. Yang sentiasa mengajar, menegur dan terus menyayangi saya. Moga Allah melipatgandakan rezki saya sekeluarga pada tahun ini dan tahun –tahun akan datang. Amin...

Then...

First time bawa Nusaibah ke playground. Teruk la ummi n baba nusaibah ni. Selamani tak pernah bawak anak main. Hiks. Main kat umah aje. Ape lagi, ‘jakun’ la budak tu. (Ok apa, lagipun anak saya bukan dok kat nursery :). Naik buai sampai tanak turun. Orang lain semua dah nak balik, dah nak maghrib dah. Dia dok syok lagi suruh orang ayunkan buai.

p/s: Nusaibah, tulis dalam dairy tau. Harini awak pi playground for da first time. hehe

 
blog template by suckmylolly.com