thePencil.org Ar RaiYan: 2011

Saturday, December 24, 2011

mau travel lagi...

salam,
sudah lama tak menulis. terhenti dengan kesibukan melampau. orang lain pun sibuk juga. no alasaansss. azam tahun 2012, nak kembali menulis blog secara konsisten. aiseh....
insyallah minggu ni cadangnya nak ke Guangzhou. saja survey barang kot ada yang berkenan di hati. memang ada.hehe. Moga Allah permudahkan urusan sebab lepas pi seminar memborong guangzhou, kami decided to gamble saja ke sana berdua. kena doa banyak-banyak, moga setiap urusan dipermudahkan. moga bertemu dengan orang-orang yang baik-baik saja.
saya ada juga listkan beberapa barang untuk saya survey. harap-harap tu dapat jumpa la. amin.


weddingcake punya order ada satu set lagi belum siapkan. so malam ni kena pulun la tak tido nak setelkan semua. huhu.esok lepas deliver kek, barulah prepare utk ke guangzhou. lepas habis kerja-kerja kek, saya ada masa 2 hari untuk study- laluan metro, baca peta, kenal pasti nilai wang, kenal pasti plaza mana yang nak pergi, contact person of shipping, halal food, making decision, supplier. waaaah...boleh berasap ni
moga-moga saya dipertemukan dengan supplier yang saya cari. amin...amin...
harini saya baca buku ini... bagus info nyaaa. ada la sikit gambaran dan tip2 serta cara memborong di sana...tapi belum khatam lagi. baru sampai mukasurat tengah

Saturday, November 26, 2011

pembantu...

korang pernah rasa tak..apabila datang satu tahap, korang rasa puas dah. jemu dan tamau buat kerja tu. saya alaminya kini. entah apa lahai saya ni. dulu semangat buat kek itu ini, tapi bila order terlalu banyak. datang satu tahap, jadi macam nak stop rehat kejap. ayoo....apehal ni. jangan stop, rezeki sedang melimpah ni. come on najah!
kawan-kawan kata maybe sebab saya penat...workload... tu la kau, carila pembantu. sekarang pun ada sorang bibik yang membantu, tolong-tolong buat kek n tart serta basuh-basuh bekas. lega la sikit. tapi deco, uli fondant...masih lagi saya..huhu. umur makin tua ni, tak dapat nak stay up jauh-jauh malam. perlu tido yang cukup dan supplement yang cukup...
hmmm...sudah tiba masanya saya perlukan pembantu yang benar-benar cekap. sape nak jadi pembantu saya?? boleh la bayar gaji lumayan. hihi... disamping saya ajar dia buat macam-macam nanti. amboi untung dia leh bukak bisnes sendiri satgi.heee
sekarang ni tengah set plan untuk 2012, ada few menda nak upgrade and insyallah will go for it. cadang nak cari sorang pembantu untuk kerja dengan saya. moga Allah pertemukan nanti insyallah...pembantu yang benar2 sesuai dengan pencarian saya...ameen...
sekrang ni saya ada pembantu kecik yang sangaaatt cekap ...cik kauthar hana yang apabila tak suruh pun dia nak buat jugak-jugak...adoilaaa

Monday, November 14, 2011

updated...

assalamualaikum,
dah lama betul tak update blog ni. ape khabar blog. hihi. hmmm.... saya pun tatau apa yang saya sibukkan. oh ya, saya sedang sibuk cari duit utk top up rumah. alhamdulillah sudah 60% siap mungkin.. lambatkan? ye laa.... cari dana sendiri, memang la lambat siap. ada duit... kerja jalan, takda duit... diam kejap. tapi sungguh menyeksakan dalam masa yang sama, sangatla mengujakan... dalam hati dok tanya, bila la nak siap....bila la nak siap... alahai...
andainya duit turun bedebuk dari langit harini.......
oh ya, bebaru proposal yang saya hantar pd satu jabatan dah lulus, untuk projek 10k. alhamdulillah, sebab kebetulan jabatan ni nak perabis bajet kot. masyallah, rasa nak lompat suka. nak sujud syukur time tuuu la jugak. tapi belum dapat buat lagi, penghujung disember insyallah dpt laksanakan projek tu. boleh la buat beli tiles untuk rumah baru. alhamdulillah...
harini isnin, free sikit takda order. tapi esok ada... kena buat red velvet n carrotcake. so harini agendanya untuk survey sikit-sikit perihal barang-barang rumah seperti kat mana contact number cabinet, katmana nak cari tiles n pergio, lampu, almari dan few design yang kena siapkan n setelkan.
terus terang, saya tak pandai semua ini. tapi terpaksa demi rumah yang dibina sekali saja seumur hidup. dengan kes bajet yang kecik2 nih...tak berapa nak cukup ni. buat asas2 ja la dulu...huhu
doakan!
ni dah siapkan biz baru, pinkayu/ brooch... ni bisnes anak2 ja, bisnes kakak ibah. tapi sian dia... pi jual kat sekolah. barang laku, duit jualan takda. katanya kawan-kawan mtk hutang, ada sorang aje bayar hutang pinkayu dia. dia kata malu nak mintak. hehe. anak bertuaahh sungguh. takpa nak, ni praktis meniaga....
ini dia, taraaaaaa http://pinkayucomel.blogspot.com/ untuk makcik2 yang ak jadi agent tuuu sila-silakan laahh

Sunday, September 25, 2011

cerita hati...

"pada awan biru... ku melakar kata-kata...
pada lagit cerah... kupanah semua cerita
dengarlah mentari...
suara hati ku menyanyi
berterbangan jiwa... merentasi pelangi...

saya suka lagu ni, cerita hati- hafiz hamidon . ya, hati berbunga ceria pabila bisnes baru dah hampir siap 70 %. semalam saif hadiahkan dot.com pula. terima kasih ya. yaa ini dia najahgifts.com

dan insyallah.... we go more to hamper/ corporate gifts. saya nampak peluang cerah dalam bidang ini. saya mahu sehebat dia, Astana Jentayu- malaysia's no 1 corporate gifts
tapi takda saya sampai no 1 di malaysia. no 1 dekat-dekat perlis ni pun jadik la. insyallah our first task is during aidiladha feast dan birthday hamper untuk staf jabatan kerajaan.insyallah will go out with iklan n promotion soon... promo promo. sesapa ada sedara area utara, ni tangkap cepat untuk kami hantarkan hamper pada yang tersayang.
sekarang sedang memikirkan produk untuk hamper/corporate gifts lain dari yang lain untuk aidiladha ini. ada cadangan? sila kemukakan yaaaa
ada pelbagai group of hamper yang akan diiklankan mengikut bajet pelanggan
rm50, rm100,rm150,rm200 and request bajet... hmmm...
mungkin dalam tu ada
-buku2- amek kat iqrabooks
-raya cookies- ada supplier
-kek lapis- jumpa supplier
-madu/jem/
apa lagi yaaaaa. will update soon sebab masih listkan kat buku kecik ni ha...

saya suka design ni
ini dari http://www.hannicollection.com, yang mendapat tender supply untuk istana negara untuk aidilfitri tahun ini. wow! tapi bukanla hamper kat atas tu. yang istana punya lagi grand, kalo dapat gambar nanti, saya postkan yaaa
apa yang perlu buat sekarang ialah nak kena cari dan survey bekas-bekas dan stok barang untuk bisnes ini. doakan saya ya. kalo pembaca dapat tau kat mana, bekas-bekas mengkuang or rotan or kayu yang murah, boleh bagitau yer. barang dari china memang murah.
saya nak try cari beg kain pun cantek juga. bila difikirkan, macam-macam menda boleh jadikan hamper.hmmm antara kreatif atau tidak aje. doalah banyak-banyak moga Allah limpahkan rezeki idea untuk saya memikirkannya . moga Allah permudahkan urusan ini ya Allah....ameen

Thursday, September 22, 2011

dah lama tak menulis....

ya, sangat sibuk. sibuk dengan program, anak-anak dan cakes order especially. sebab tu lama tak menulis. banyak sebenarnya nak menulis, tapi hilang macam tu saja. nak tulis, terus lupa. adus...
jam sekarang menunjukkan pukul 4.16 pagi. saya baru siapkan figurine untuk cake, tema golf theme untuk Ir Zainuddin, bos company... alamak, lupa nama company. sorry ya. tempahan oleh stafnya sempena harijadinya esok. bestnya ada company besaq kan. hihi. tanggungjawab pun besaq... cita-cita besaq dan jiwa besaq...
hmmm... jiwa besar...dalam kepala ni macam-macam nak buat. tapi tak terbuat. kena ada yang membantu. hmm... upah pembantu kot nyer ya. saya ni cerewet sket. susah nak cari yang betul-betul sesuai dengan jiwa. dah pernah cari pembantu untuk bantu-bantu buat kek. last2 saya yang buat semua. sebab bila ajar, tak jadi macam yang kita nak.. susah juga. suruh basuh bekas pun tak bersih, last2 bibik yang kena basuh semula. bibik nak kena tengok si kauthar dengan tasneem ni haa. so kena cari yang fast learner and buat kerja cepat macam saya le kot. tak juga, saya pun lembab buat kerja. ikut mood. tamie rajin cepatla. time malas, slow la production.
ini blog saya, suka hati saya nak menulis. hihi. eh, tetiba jaaa. nak diluahkan kemana lagi kalo tak ke blog kita kan. takkan nak luahkan di blog orang. biar nusaibah baca yang umminya macam ni merapu menulis.
oh ya, saya ada set up new biz, sekarang tengah nak siapkan website. sedang research cari bahan mentah, supplier dan sebagainya. minggu depan nak kena join kelas belajar buat biz baru ni. tapi kata orang, biz baru saya ni kalo dok kat KL ok la boleh la dapat rezki jerung. alaaaa....mana-mana pun takpa kot. kita try market di utara pula. saya dah survey belah utara takda lagi, bukan takda... tapi tak meluas lagi. biz apa lahai tu, nanti dah siap website, saya war warkan pada dunia. adoila. cakap berdegang-degang, tapi biznya kecik tet ajer. buat bisnes dari rumah, besaq mana la sangat.
untung bisnes tu, saya nak beli ini

eeeehh, itu hanya angan- angan mat jenin saja. hahaha

Monday, September 05, 2011

cerita raya...

alhamdulillah, nasih bernafas dan berpeluang menghirup udara di bumi Perlis. harini masuk kerja semula. rasa sekejap jer lebaran sudah berlalu, rasa baru jer semalam riuh rendah beraya ke sana sini, salam-salam, peluk-peluk dengan saudara mara yang lama tak jumpa, tup-tup harini sunyi balik, masuk kerja semula. kita pun meneruskan rutin hidup kita seperti biasa semula. kerja...kerja...moga ianya menjadi satu amal ibadah buat kita.

maka semangat dan azam ramadhan yang telah kita buat bebaru ni usah dibiarkan setakat itu saja, teruskanlah hingga ke akhir hayat. ingat tu. pesanan untuk diri saya sebenarnya.

yah, bermula masuk ke dapur ditemani Tasneem yang membaca Iqra' sambil meniarap di dapur kerja saya. sambil baking kek, sambil jadi ustazah. order pertama lepas raya ni ialah Red Velvet Cupcakes kegemaran Tengku Puteri sebanyak 25 biji. siap akhirnya walaupun terlambat sikit hantar kat Pejabat Istana. Maaf ya Ku....


Sunday, September 04, 2011

salam aidilfitri

Salam...
rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. sepanjang 5 hari beraya sakan. berjalan ke rumah sedara mara dan sahabat handai. harini pulang ke perlis semula. alhamdulillah.
esok dah mula start kerja, order segala macam kek sedang menanti. kena masuk gear 5 terus sebab dah cuti lama. duit pun nak abis. hehe
ni dok mengira duit raya anak-anak bertiga ni, boleh tahan collection depa. esok nak bank in ke akaun masing-masing. terima kasih buat pakcik makcik yang sudi memberi duit raya kat anak-anak saya.
salam aidilfitri dari saif, najah, raiyan, tasneem dan kauthar. maaf zahir batin


Friday, August 26, 2011

rezeki

benarlah ramadhan itu rezeki, sebab tu ramai peniaga menjadi kaya pada musim ramadhan. pada mulanya saya sudah membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tempahan sepanjang ramadhan cuma membantu kawan menjual biskut raya, hanya mengambil order saja dari customer. walaupun ada yang memujuk supaya saya membuat tempahan kek dan kuih tetap saya tolak....
tapi hampir menjelang raya ni saya dapat satu projek baru dimana saya tak terfikir pun nak kena buat dan boleh buat apabila diminta oleh pejabat setiausaha kerajaan negeri (SUK) untuk membuat 6 packs corporate gifts untuk MB dan VIP. pada mulanya saya memang menolak sebab rasa diri tak kreatif dan tak pernah terfikir nak buat, tapi setelah dipujuk, saya terima juga akhirnya yang merupakan satu bisnes baru dalam hidup saya. yaa... sesungguhnya Allah memberikan rezeki tanpa disangka- sangka.
alhamdulillah...

selepas saya post gambar corporate gifts tersebut di FB, terus ada seorang customer dari KL, menempah corporate gifts yang sama sebanyak 5 pax dan minta hantarkan ke pejabat agama negeri perlis (MAIPs). saya teruja. alhamdulillah. rezeki dan bonus raya saya anggap ini semua. syukur.

lantas saya terfikir, tahun depan why not saya venture bisnes baru ni? prepare awal-awal dan hantar quotation ke semua jabatan.

yaa.... kepala saya keluar lampu. ape kata saya buat corporate gifts ni sepanjang tahun untuk jabatan dan personal? bukan pada musim raya saja. boleh guna books? toiletteries? cupcakes? hmmmmm.....




Sunday, August 21, 2011

Kisah karpet yang kotor

saya selalu geram bila tengok anak-anak suka lompat-lompat atas katil dan main gunting dan gunting kertas-kertas jadik kepingan kecil, kalau kaler buku, abis sepah kaler pensil kena kutip selalu, main mainan sepah sana sini sampai sakit kaki terpijak mainan, tuang bedak atas lantai abis putih n licin lantai. rupanya saya tak terpikir bahawa itu tandanya, saya ada anak dan anak-anak itu masih berada dekat dengan saya. mereka masih ada dan selamat di rumah. ya allah.... bersyukur mereka masih bersama saya... 

----------------------------------------------------
Sebuah kisah benar..Ada seorang suri rumah tangga yang memiliki 4 orang anak laki-laki. Semua urusan perbelanjaan, cucian, makan, kebersihan dan kekemasan rumah dapat ditanganinya dengan baik. Rumah nampak selalu rapi, bersih dan teratur ; suami serta anak-anaknya sangat menghargai usaha dan pengabdiannya itu.
Cuma ada satu masalah, ibu yg pembersih ini sangat tidak suka kalau karpet di rumahnya kotor. Ia akan mudah meledak dan marah berkepanjangan hanya gara-gara melihat jejak kotor di atas karpet, dan suasana tidak enak akan berlangsung seharian. Padahal, dengan 4 orang anak laki-laki di rumah, hal ini mudah sekali terjadi dan sangat2 menyiksanya Atas saranan keluarganya, ia pergi menemui seorang psikolog bernama Virginia Satir, dan menceritakan masalahnya. Setelah mendengarkan cerita ibu ini dengan penuh perhatian, Virginia Satir tersenyum dan berkata kepada sang ibu : "Ibu , harap tutup mata ibu dan bayangkan apa yang akan saya katakan" Ibu itu kemudian menutup matanya. "Bayangkan rumah ibu yang rapi dan karpet ibu yang bersih mengembang, tak ternoda, tanpa kotoran, tanpa jejak kaki, bagaimana perasaan ibu?" Sambil tetap menutup mata, senyum ibu itu merekah, mukanya yg murung berubah cerah. Ia nampak senang dengan bayangan yang dilihatnya.

Virginia Satir melanjutkan; "Itu artinya tidak ada seorangpun di rumah ibu.Tak ada suami, tak ada anak-anak, tak terdengar gurau senda dan tawa ceria mereka. Rumah ibu sepi dan kosong tanpa orang-orang yang ibu yang
kasihi". Seketika muka ibu itu berubah keruh, senyumnya langsung menghilang, nafasnya mengandung isak. Perasaannya terguncang. Pikirannya langsung cemas membayangkan apa yang tengah terjadi pada suami dan anak-anaknya.

"Sekarang lihat kembali karpet itu, ibu melihat jejak sepatu dan kotoran disana, artinya suami dan anak-anak ibu ada di rumah, orang-orang yang ibu cintai ada bersama ibu dan kehadiran mereka menghangatkan hati ibu". Ibu itu mulai tersenyum kembali, ia merasa nyaman dengan visualisasi tsb. "Sekarang bukalah mata ibu" Ibu itu membuka matanya "Bagaimana, apakah karpet kotor masih menjadi masalah buat ibu?"

Ibu itu tersenyum dan menggelengkan kepalanya. "Aku tahu maksud anda" ujar sang ibu, "Jika kita melihat dengan sudut yang tepat, maka hal yang tampak negatif dapat dilihat secara positif".

Sejak saat itu, sang ibu tak pernah lagi mengeluh soal karpetnya yang kotor, karena setiap melihat jejak sepatu disana, ia tahu, keluarga yg dikasihinya ada di rumah.

Kisah di atas adalah kisah benar, Virginia Satir adalah seorang psikolog terkenal yang mengilhami Richard Binder & John Adler untuk menciptakan NLP (Neurolinguistic Programming) . Teknik yang dipakainya di atas disebut Reframing, yaitu bagaimana kita 'membingkai ulang' sudut pandang kita, sehingga sesuatu yg tadinya negatif dapat menjadi positif, salah satu caranya dengan mengubah sudut pandangnya. Terlampir beberapa contoh pengubahan sudut pandang : Saya BERSYUKUR;

1.Untuk istri yang mengatakan malam ini kita hanya makan mie instan, karena itu artinya IA BERSAMAKU bukan dengan orang lain.

2.Untuk suami yang hanya duduk malas di sofa menonton TV, karena itu artinya IA berada DI RUMAH dan bukan di bar, kafe, atau di tempat mesum.


3.Untuk anak-anak yang ribut mengeluh tentang banyak hal, karena itu artinya mereka DI RUMAH dan tidak jadi anak jalanan.

4.Untuk Tagihan Pajak yang cukup besar, karena itu artinya SAYA BEKERJA dan DIGAJI TINGGI.


5.Untuk sampah dan kotoran bekas pesta yang harus saya bersihkan, karena itu artinya keluarga kami dikelilingi BANYAK TEMAN.

6.Untuk pakaian yang mulai kesempitan, karena itu artinya saya CUKUP MAKAN.

7.Untuk rasa lelah, capai dan penat di penghujung hari, karena itu artinya saya masih MAMPU bekerja keras.

8.Untuk semua kritik yang saya dengar tentang pemerintah, karena itu artinya masih ada KEBEBASAN BERPENDAPAT.


9.Untuk bunyi alarm keras jam 5 pagi yg membangunkan saya, karena itu artinya saya masih bisa terbangun, masih HIDUP.


10.Untuk setiap permasalahan hidup yang saya hadapi, karena itu artinya Tuhan sedang membentuk dan menempa saya untuk menjadi lebih baik lagi.
Terimakasih telah membaca, sila share jika ini bermanfaat.
Salam perjuangan!!

Saturday, August 20, 2011

Fasa Terakhir...

salam,
kita sudah menghampiri fasa terakhir ramadhan. anda sedar tak? saya baru sedar. bukan tak sedar diri. tapi rasa macam kejap sesangat. dalam kesibukan aktiviti ramadhan, tup-tup sudah hampir ke penghujungnya. sekarang ni sedang berlangsungnya program 3R di Masjid Titi Tok Bandar, Kangar. saya tak terlibat sepenuhnya, cuma datang tolong hidang juadah berbuka untuk anak-anak remaja. sempat bertreawih di sana semalam, sangat best masjid tu. kak ibah n tasneem suka sangatla sebab masjid tu aircond. bersih ajer, pastu tak crowded sebab masjid nun jauh dalam kampung. Saif terlibat dan berkampung di sana hingga ahad ini. tapi kalo dia nak berkampung di masjid (iktikaf) hingga hujung ramadan ni pun saya lagi setuju. hihi.
yeah... kalini dia kata nak beriktikaf direct 10  hari di masjid. alhamdulillah, dalam hati yeay! sebab saya pun target nak speed untuk 10 hari ni. moga Allah perkenankan... amin..

alhamdulillah, program Tadarus dan Iftar Tunas Taqwa telah selesai. target 60 orang peserta, tapi lebih kurang 50 peserta. ok sangat tu. tambah ajk dan famili serta fasi ada kot 80 orang berbuka di surau Sek Ren Islam bebaru ni. meriaahh. best betoi. ni syok kalo join program anak-anak. fun.

cer cari dimanakah nusaibah? dan dimanakah ummi dia? hiks

Wednesday, August 17, 2011

Pekerja Sambilan Iqra' Books

ini ada dua pekerja sambilan di Iqra' Books. Kadang-kadang terpaksa bawa mereka pergi kerja. Lagipun kesian asyik tinggal kat umah ja. Kakak Ibah pulak gi sekolah. Tapi perlu bersedia, bila mereka ini datang kedai, penat la sikit sebab mereka ni rajin 'mengemas'. maka terpaksala ummi n kak syuhada (staf) mengemas semula. huhu

Tuesday, August 16, 2011

hmm?

saya sedang memikirkan sesuatu....
semalam aisyah, adik ipar saya di UK ada reply message di fb. katanya back for good july on 2012. jadinya kalo nak ke sana, perlu sebelum tu la. hmm... khadijah di france pun akan pulang pada date mcm tu juga. rugi juga kalo diorang ada kat sana, kami tak pergi. sebab jimat sikit accomodation.huhu. kalo diorang balik, entah bila saya nak boleh pergi. lagipun saya bukan kawen dengan pegawai tinggi kerajaan yang selalu dihantar berkursus di luar negara. nak kemana-mana, kena guna duit sendiri la. ala... itu bukan satu kelemahan pun.hihi. kawen dengan bisnessman ok apa. cuma dia akauntan. rigid sikit. syhhhh

ya... saya perlu memikirkan sesuatu bagi memenuhi tabung UK-FRANCE supaya tidak mengganggu tabung untuk urusan haji. keduanya perlu berjalan serentak! mak aaai. kena lipatganda sales kek la gamaknya. have to think smart. tour europe merupakan salah satu dalam list impian saya, awal tahun 2012 maybe rumah kami siap sepenuhnya. lepastu nak kena isi barang-barang rumah. wah, tak kurang banyaknya nak kena spend money tu. boleh botak kepala memikirkan. masa sekarang ni di kepala saya hanga terlintas satu ayat, faiza azzamta fatawakkal alallah....

insyallah, di mana ada kemahuan, disitu ada highway!

mungkin boleh mula fikirkan projek-projek mega dari sekarang. tulis beberapa perkara. list down dalam buku nota kecik ni. yaa.... ada satu projek 6k harus disiapkan kertas kerja. harap agar projek ni boleh membantu untuk tabung travel ni. Lepas raya nak start siapkan paperwork. moga berjaya. amin. 

yah... mungkin suatu hari nanti dapat ke tempat aisyah di sini (thames river,london)
dan berpeluang bergambar di eiffel tower paris, di tempat khadijah....

faqa la ud'uu ni...astajiblakum!!


Saturday, August 13, 2011

pertengahan ramadhan

salam...
harini jumaat. penghulu segala hari. paling mulia.cepatnya masa berlalu. sudah 12 ramadhan. mana checklist tu? hilang dah? senarai yang saya nak buat masa ramadhan. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. niat mahu menulis buku tak kesampaian lagi. tapi dapat menyiapkan tugasan untuk program Tadarus n Iftar Tunas Taqwa untuk 17 ramadhan ni. tu pun kerja2 dengan bantuan adinda balqis. thanks ya cik qis. nanti kiter bagi upah yer.alhamdulillah. menanti hari dan harapnya ramaila peserta. ameen. doakan

website tshirt, tak bergerak juga walaupun lambakan stok tshirt banyak. adoila. ni satu hal. kata sifu pts, Pn Ainon, seorang usahawan yang ingin berjaya, jangan jadi usahawan maintanance, jadi la usahawan builder. ape tu? maksudnya, dari segi maintainance- pengurusan dalaman, tinggalkanlah pada staf atau pada partner. usahawan builder perlu memikirkan bagaimana cara untuk kembangkan bisnes. jadi saya ni, usahawan maintainance+builder sekaligus. sebab tu la bisnes tak berkembang. maintainance saya buat, builder kena buat. tp bab builder tu yang dok slow skarang ni. maintainance pun slow jugak. last-last, dua - dua tak buat. isk. apa nak jadi nih. moga ruh ramadhan meresapla masuk banyak-banyak dalam diri saya untuk bangun n fikirkan sesuatu. bergerak cepat tanpa menoleh kebelakang. ameen..

alhamdulillah, berkat reminder saif, sebelah siangnya dapat juga ajar tasneem iqra. waah, satu potensi yang baru saya nampak dalam diri budak ni, cepat dapat rupanya. tapi yang nak tergelak, kalo satu huruf tu dia lupa dia akan sebut, ' isk huruf ni tak ingatla' aiya. pastu sesambil baca iqra, boleh stop sembang2 pulak. mintak nak minum susu la. perati kauthar main la. berebut iqra la. ini lah dikatakan budak-budak. saya layankan ajer. bila ajar iqra, sikit2 cukup, nanti boring pula. tapi dia tak boring pulak, nak baca banyak mukasurat. moga cepat abis anak oi...
nanti boleh baca quran n boleh hafal quran pula. sekarang boleh hafal surah sikit-sikit pun jadikla. bila masuk 4 years tahun depan, takde la susahkan cikgu kat tadika nak ajar. sebab mak dia dah ajar siap2. macam kak ibah dulu, cikgu sambung jer ajar. basicnya ummi dan tok ummi dah ajar sikit-sikit.

hmmm... tatau la ni rungutan atau apa, masa zaman kak ibah dulu saya tak sesibuk sekarang. zaman tasneem n kauthar, saya jadi agak sibuk dengan kerja. untuk 2012 ni saya kena restructure balik skop kerja dan tugasan saya. apesal 2012? awat bukan sekarang? tu kalo panjang umur... andainya takde penghujung 2011 ni?
yaa, mungkin sebab azam baru tambahan pulak hujung tahun ni sibuk nak masuk rumah baru. jadi rutin hidup agak kelamkabut sikit kot sebab nak tengok rumah lagi, kek lagi, duit lagi....

 kakak ibah-tudung pink bertugas memberikan pamplet pada orang ramai semasa siri kutipan dana AQSA2GAZA semalam di bazaar ramadhan arau. terima kasih baba kerana melibatkan anak-anak dalam program palestine. moga ini dapat meninggalkan ruh jihad dan kesan yang mendalam....

Wednesday, August 10, 2011

entah...

harini menemani Saif ke Alor Setar. berdua saja. cadangnya berbuka pun berdua juga la. saja spend masa berbuka berdua dengan belahan jiwa. aiseh.....
Rezeki saif lebih sket harini, dia nak belanja buffet di Regency Hotel. food? best dan saya rasa makan rm10 jer jika dibandingkan dengan harga buffet rm48 tu, tak termakan semua....

Anyway terima kasih sayang di atas semua ini. kadang-kadang saya rasa bersalah dengan suami saya. Saif terlalu independent sehingga saya take it for granted. saya rasa saya perlu inprovekan diri supaya jadi isteri yang betoi-betoi la. awat, selama ni tak betoi ka? bukan macam tu....
sebelumni banyak kerja, saif yang buatkan dan dia buat sendiri.hatta  kerja rumah sekali pun. saya teringat kata-kata naqibah usrah saya, mck zanita, 'walaupun suami kita tu usrah level 04 ka... 05 kaa.... kena ingat, dia tetap manusia, kena layan sebaiknya sebagai seorang suami'
hmm... jangan dok pikir sibuk kita ajerrrr.... terngiang-ngiang kata-kata mck zan, insaf. kata-kata tu memang ditujukan kat saya.
masa mck mahanum nak pindah ritu, dia sempat bisikkan ke telinga saya, 'jaga suami, dia sangat baik'
hmmm.... nampak sangat saya ni belum reti-reti nak bagi perhatian yang maksima.
moga Allah ampunkan dosa dan kealpaan saya selama ini.....
ape pun, dia tetap bestfriend saya. perencanaan Allah tentang jodoh kami, sangat hebat. subhanallah.

Monday, August 01, 2011

ramadhan al mubarak

salam ramadhan buat semua...
alhamdulillah sudah lama menanti kehadiran ramadhan. yeay. salah satu sebabnya, dpt kurangkan sedikit kerja-kerja harian membuat kek ni.tumpukan pada tadarus dah ibadah lain. dapatla rehat sikit. rehat? biaq betoi. ramadhan kalini saya decide tak jual apa2, cuma jual kuih raya kawan saja. tu pun dia kata akan tutup order minggu pertama puasa, jadinya penghujung minggu pertama nanti, list order kan siap emel kat dia dan dok dediam la tunggu kuih dia sampai sebelum raya nanti.
ramadhan kalini ada beberapa checklist yang perlu dibuat. sebab sebelumni sibuk tak dapat buat

-terawih,tahajud,tadarus itu mesti
-siapkan pamplet dan buku program untuk program TA'IF- tadarus dan iftar program tunas taqwa pada 17 ramadhan nanti. doakan.
-upgrade blog www.tshirtlabuh.com supaya berwajah baru dan update semua stok tshirt. ramai yang emel bertanya kenapa saya tak meniaga tshirt dah. bukan tak meniaga, stok masih update di kedai iqra books. pelanggan ramai membeli seperti biasa cuma saya tak sempat nak buka untuk online. stok di kedai sendiri pun cepat abis. maka tak sempat nak jual online. insyallah, bulan puasa yang penuh barakah ni saya nak set semula website online tu balik. lagipun banyak benar website tshirt labuh sekarangni. health competition
-menulis draft untuk buku kek. dah lama diminta, cuma masih dalam kepala. tak tertulis-tulis. sampai hilang dah idea haritu punya. tak boleh jadi nihhh
-ajar tasneem iqra n bacalah anakku. tasneem dah masuk 3 tahun, tapi saya masih belum start buat seperti apa yg saya buat pada kakaknya, nusaibah. moga Allah permudahkan urusan ini

cukupla sebanyak ini dulu untuk sebulan ni. banyak-banyak nanti kang tak terbuat. yang kakt atas tu pun menunt masa yang lama.setiap hari sepanjang bulan. tatau la dapat setelkan semua atau tidak. ya allah, dikeberkatan bulan ini. mohon dapat permudahkan ya allah...


alhamdulillah sempat bawak anak-anak ke pusat sains alor setar sebelum ramadhan

Wednesday, July 20, 2011

free willy

harini free setelah kelas 10 pagi sampai jam 6 petang semalam,ada 2 org bisnesswoman dari langkawi, sorang tokeh bakery sorang lagi tokeh kedai runcit datang belajaq figurine n cheesecake. lepas kelas,malam tu tido awai.
harini saja amek kesempatan gi bank muamalat,bank islam n beli barang-barang. then singgah opis saif ajak lunch. rasa nakpi buat facial, tapi malas. ni agaknya rupa orang kerja sendiri, bila takda kerja, tatau pulak nakpi memana sesorang.hihi
tetiba baru teringat, ada kawan-nadia tokeh kuih raya ajak gi makan-makan kat hotel sri malaysia. kononnya nak try tengok cemana la rupa hotel baru bukak tu. kami ni kan jakun.jarang pi makan hotel. hihi. bila teringat harini hari rabu...alamak, petangni ada usrah pula. lusa ajer la kot.
balik rumah, tengok tapak rumah baru tu baru 10%, lambat juga ya. sempat lagi cari duit yg tak cukup tu. huhu. ya allah permudahkanlah urursan kami. aku mohon supaya tiada halangan yg akan berlaku sepanjang pembinaan rumah kami tu. berkatilah rezki kami ya allah...
bila cakap pasal pembinaan rumah, saya mesti terharu memikirkannya...

Thursday, June 30, 2011

tatau nak bawak pi mana

hmmm.... nakpi mana eh petang nih? ni le soalan yang selalu ditanyakan oleh baba setiap ahad petang. sian tengok anak-anak nak berjalan. tapi tatau nak bawak pi mana, balik-balik kola perlis, cmart, playground, pasar malam. Perlis ni kecik jaaaaa

harini bawak budak-budak main pasir sajalah, takde idea daahh. main kat tepi laut kuala perlis yang sememangnya takleh nak berenang pantai tu sebab hanya lumpur, tapi ada sedikit tanah pasir di satu sudut area simpang empat tu bolehla buat main daripada takda...




Monday, June 27, 2011

mood cuti

harini cuti dari ambil order, tapi ada juga orang call nak tempah utk tarikh akan datang. huhu. takpe, rezeki. dah lama plan nak buat creampuff. sejak belajar ritu tak pernah buat. jadi harini buka balik kertas resepi dan mula buat. taraaa


tadi cikgu komen,creampuff ni rupa lain dari asal. hihi. ya, macam rupa dim sum, i hate to swirl. bab2 swirl creampuff memang failed ya tuan-tuan. tapi semua komen sedap. tu yg nak dengar tu. eh ni apesal puji diri sendiri nih. haisshhh. buat tadi dpt 72 biji, packed sket bagi kat kak sholina sbb petang ni nak jumpa dia tanya psl nak buat buku dan amalia yang terngah pregnant yg teringinkan creampuff. selebihnya untuk orang-orang rumah yang pulun makan hingga licin dlm masa beberapa jam saja. wow

petang tadi gi rumah kak sholina, wartawan paper utusan. dia balik bercuti kejap ket perlis. kebetulan dia ada sini, saya amek peluang nak tanya beberapa pendapat pasal penerbitan. so dapat la serba sedikit tip dan cadangan darinya. orangnya peramah n baik. gambar ni diambil sewaktu kali pertama kami berjumpa semasa dia interbiu saya dalam paper mega april lalu. kak sholina bersama tasneem. minat betoi dia kat tasneem.hiks
kak sholina bersama tasneem sofiyya yang ala2 mengantuk time tu

bila la nak bulih start draf buku nih. sibuk memanjang dan mood bermalas malasan.huhu. kat bawah ni adalah artikel yang kak sholina tulis ritu. mekasih kak sholina kerana telah membantu mempromosikan www.najahbakery.com


Sunday, June 26, 2011

nak belajar pun berkiraaa

dapat satu emel...bkn satu emel, banyak emel dah camni... rasa cam nak gigit keyboard pun ada..huhu

Salam sis..saya nk attend klass...nk tnya fees die kira cmne?
contoh utk stu klas sorang RM180 or stu kelas RM180 di bahagikan dgn jumlah org tu? :)

u daftar kelas tusyen anak rm100, andainya ada 10 org dlm kelas tusyen tu, pakat2 byr rm10 ker utk cukupkan rm100 utk satu subjek? tak bukan??
hehehe tapi saya takde le jawab mcm tu kat emel dia. saya masih ada etika jwpn.hihi

p/s: harini mood kurang baik

Saturday, June 25, 2011

assalamualaikum!

saya terlupa, rupanya saya ada blog. lama betul saya tak conteng kat sini. takde sape dah nak sudi masuk. sebab tak update. tengok, last saya update februari 4 bulan yang lalu

sekarangni saya bercuti. cuti dari memegang senduk dan mixer segala peralatan berkaitan kek. berehat sekejap dan memberi tumpuan pada anak serta kerja-kerja lain yang terbengkalai. oh ya, rumah kecil kami sudah start piling dan tambun tanah untuk kelihatan tinggi sedikit rumah tu. nanti saya ambil gambar. tapi kalo post gambar pun tak menarik sebab ada tanah n petak2 partition ajer nampak. tunggu naik dinding sket.

jadi kesempatan yang ada selama saya cuti ni sempatla juga nak membelek dan meminda pelan rumah, nak besarkan sket master bedroom dan dapur kek. ala...lebarkan 2-3 kaki ajer.yang lelain tu kekal seperti biasa. kami ni manala ada pengalaman buat umah. memula draf atas kertas tak nampak la bayangan, bila atas tanah, nampak le sikit. tu yang ada nak besarkan itu ini.

sebenarnya duit un tak cukup lagi, tapi dediam jer, sbb kalo kontraktor tau, jenus dia tak buat umah aku.hihi. insyallah.. doakan agar hujung tahun ni segelanya cukup terkumpul. ameen. rumah tu pun dijangka siap pada penghujung disember. doakan!!

kelihatan kakak ibah paling tak sabar skali. selalu dok tanya psl bilik dia di rumah baru ni. dia siap tunjukkan majalah bilik tidur idaman dia. saya tengok ada kaler pink n hijau apple. aduyaaii. insyallah nak, ummi akan usahakan. tasneem pulak nak purple. huhu. cuma kauthar jer lum reti apa2 tentang warna. hihi

gambar ni masa besday tasneem yg ke-3 tahun bebaru ni .tp semua kalut nak potong kek

Wednesday, February 09, 2011

dah lama

salam...
adus...dah lama tak menulis.sampai nak tulis apap pun tatau. hari-hari sibuk aje.sampai lupa rupanya ada blog. sian blog ni.tuan dia dah lupakan dia.
banyak menda dalam kepala nak diluahkan,tapi bertangguh-tangguh,last2 jadi lupa...
mulanya cadang nak privatekan blog ni.supaya menulis dengan bebasnya.hehe. tp bila fikirkan.tak start tulis menda private pun lagi. nanti-nanti la privatekan...

KUL-BDG-CGK
sebenarnya, saya baru pulang dari indonesia, hampir 2 minggu jugakla. banyak yang saya ingin ceritakan selama 5 hari pengembaraan di sana.
ya, kalini saya meraSa menaiki semahal-mahal servis kenderaan sehingga semurah-murah servis kenderaan. merasa berjalan kaki, merasa kena tipu dan sebagainya. ini satu pengalaman yang sangat berharga buat saya.
selama 5 hari disana banyak mengajar saya erti hidup, setiap pagi saya berselisih dengan para-para ibu yang mungkin sebaya saya atau muda dari saya yang sedang mengendong anak dengan kain ikat tu kedua belah tangannya membawa nasi dan kuih untuk berjualan. entah berapa kilometer mereka berjalan setiap hari. jualan tu kadang-kadang habis kadangnya tidak. lantas saya teringatkan kauthar, bagaimana menjual nasi lemak sambil dukung kauthar ni,boleh tergeliat tangan ni.duh.menginsafkan.

dijakarta, kami banyak menaiki busway, satu sistem bas yang tersusun, punya jaluran jalan tersendiri, agak cepat dan selesa- sbb ada aircond. dibawah ini stesennya. naik bas, sambung2 tukar bas,hanya byr sekali saja sewaktu pergi.sekali sewaktu balik. staf2 nya sangat baik. mungkin ini sistem baru,jadi orang indonesia pun tak berapa reti jalan jaluran busway ni.apatah lagi kami orang asing

saya juga merasa naik bajai, adus... sudah2, sakit punggung n telinga, tp bajai ni pernah 2 kali tipu kami ambil dgn harga yang lebih. ala lebih pun 60-70 sen duit malaysia. sedekah sajalah. duhai hati.ikhlas kanlah niat mu
buat kali keduanya, sama juga pergi berdua dengan saif. dari lcct terus ke bandung. sampai jam 12 tenghari,terus ambil bluebird ke ITB-institut teknologi bandung untuk setelkan tujuan utama kami iaitu bertemu dengan supplier quran iaitu pak irfan.kami solat jamak zuh asr di surau ITB. nyaman n tenang.maklumla tempat student ipt. saya suka lihat mereka memakai skirt labuh. comel aje.kalo saya pakai tak jadi mcm tu pulak.tak tak cantek.huhuhu. sebelum solat, kami lepak sekejap kat bangku depn musolla.kami nampak tong-tong air kopi panas dan teh panas yang gratis=percuma. bagus bukan! banyaknya pahala sediakan air untuk orang-orang yg sedang menuntut ilmu ni. dan juga buat musafir seperti kami.hehe
 ini toko buku tazkia,pemiliknya adalah pak irfan,terletak di luar pagar ITB. toko dia kecik dan sempoi aje,tapi full of knowledge
 ini pak irfan... soft spoken dan jujur orangnya. PKS dong!!
 kami turut merasa berbangga apabila karya-karya pak latip talib juga turut diterjemahkan ke dalam bahasa indonesia.tahniah pak latip
adus....sudah letih menulis...nanti kita sambung lagi yaaaa....

Tuesday, January 11, 2011

sibuk

fuh, minggu ni agak sibuk dengan order dan class. setiap hari ada order.alhamdulillah. cuma kadang-kadang penat juga dengan order kek n tarts, dengan anak-anak lagi. nak kena spend masa petang-petang lagi.
saif juga perlu diberi perhatian, kalo tak.... nanti dia tarik muka 14. heeee. pandai protes skarang nihh....
minggu ni dah teman saif dinner berdua, so ok la kot!!
masa tulis entry ni, teringat pula kisah kauthar, si baby kecik tu. oh ya bebaru ni kami sambuat besday kauthar kat tadika huda. sempena umur 1 tahun kauthar. seronok tengok keriangan anak-anak tadika. wajah mereka yang tulus dan mulus...mana ya gambaq besday tu.

haa...lega dah selesai. seronok dapat siapkan kek untuk kauthar. walaupun kauthar tatau apa2 dan tak makan pun kek tu, tapi atleast anak-anak tadika yang lain gembira. cakap pasal tadika ni. bukan kauthar yang masuk sini, kauthar tetap dok umah dengan ummi. tadika ni betul2 sebelah rumah kami dan adik ipar saya, wan aminah yang handle. boleh tahan ramai pelajarnya. jadi saya siapkan doorgifts utk 100 orang termasuk guru
terima kasih buat hajar n neni yang banyak membantu menjayakan majlis ni.

Wednesday, January 05, 2011

three musketeers

boy oh boy.... i have no boys....hahaha. this is our board of directors, raiyan..tasneem...kauthar

Sunday, January 02, 2011

Azam Baru

salam tahun 2011, moga tahun ni lebih baik. ya. mesti.
di sini saya berazam akan meneruskan penulisan blog saya yang kadang-kadang bersawang ini. tahun ni insyallah akan menconteng blog secara konsisten. ingin mencatat semula segala perjalanan hidup serta pengalaman yang dilaluii buat tatapan anak-anak yang semakin membesar terutamanya untuk saudari Wan Raiyan Nusaibah yang sudah boleh membaca dengan hebat sekali. hihi. cuma english kadngkala tersangkut-sangkut sebutan
pembukaan tahun 2011 kalini dibuka tirainya dengan baik sekali iaitu kelas cheese tart personal dihadiri oleh kawan sendiri iaitu hajar jinal. tengok tu,kelamkabut sampai terlupa amek gambo.hajar pulak excited sungguh dgn cheese tartnya dan terus balik. ni sms hajar mintak dia emelkan gambar pic pie dan cheese tart dia masa kelas tadi. alhamdulillah. satu permulan rezeki yang baik insyallah. amin...
ok, nanti sambung menulis lagi ya. daaaaa

 
blog template by suckmylolly.com